saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/03/2010

Ibu, 5 anak terselamat dalam kebakaran

IPOH 29 Mac - Seorang ibu dan lima anaknya terselamat apabila rumah banglo setingkat keluarga itu di Rapat Setia di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Norlina Mat Lias, 34, sedang tidur di dalam sebuah bilik bersama anak bongsunya yang berusia tiga tahun manakala empat lagi anaknya tidur di ruang tamu.

Menurut Norlina, dia tersedar daripada tidur selepas terdengar beberapa letupan di bahagian bilik tidur hadapan dan bergegas keluar untuk melihatnya.

"Saya terkejut apabila nampak api sedang marak dari pintu bilik tidur hadapan lalu menjerit mengejutkan anak-anak saya yang sedang nyenyak tidur di bahagian hadapan.

"Saya mendapatkan seorang anak di dalam bilik manakala anak sulung saya membawa tiga lagi adik beradiknya melalui pintu hadapan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Norlina berkata, dalam keadaan panik itu, dia cuba membawa keluar anak-anaknya dengan kereta Proton Satria Neo tetapi gagal membuka pintu kenderaan tersebut kerana alat kawalan jauhnya tidak berfungsi.

"Selepas itu, saya berlari masuk semula ke dalam rumah untuk mendapatkan kunci kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger serta kunci pagar hadapan sebelum keluar dari kawasan rumah," katanya yang sudah empat tahun menetap di situ.

Sementara itu, suami Norlina, Normansor Mat Jini, 50, yang juga pengusaha kilang memproses ayam berkata, semasa kejadian, dia keluar untuk pergi ke kilangnya di Puncak Jelapang.

"Saya keluar pada pukul 3.45 pagi dengan pekerja dan semasa sedang membungkus air di sebuah kedai makan di Silibin, saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengatakan rumah saya terbakar.

"Saya bergegas pulang dan semasa sampai di rumah, saya dapati pasukan bomba sedang memadamkan api yang sedang marak," katanya yang masih dalam keadaan terkejut.

Menurut Normansor, kebakaran tersebut memusnahkan sebuah kereta Satria Neo, sebuah lori dan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai lebih RM10,000 yang semuanya bernilai lebih RM100,000.

"Apa yang paling mengecewakan saya adalah beberapa dokumen penting turut musnah dalam kebakaran itu.

"Saya tidak mahu membuat tuduhan tetapi berdasarkan pengalaman saya, kejadian ini mempunyai unsur-unsur khianat," dakwanya

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.