saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/03/2010

UMNO Bukit Bendera mahu Ahmad semula

PULAU PINANG 29 Mac - Semua 36 ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Bukit Bendera mencapai kata sepakat untuk melepaskan jawatan masing-masing bagi membolehkan Datuk Ahmad Ismail (gambar) dilantik semula menerajui bahagian itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Bahagiannya, Abdul Jalil Ariffin pada satu sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini.

Peletakan tersebut berkuatkuasa pada tarikh surat bertajuk 'Peletakan Jawatan Sebagai Pegawai dan AJK UMNO Bahagian Bukit Bendera' yang akan diserahkan pada Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri bulan depan.

Surat yang telah ditandatangani semua AJK bahagian itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Abdul Jalil berkata, tindakan itu adalah berdasarkan Fasal 15.8 Perlembagaan UMNO bagi membolehkan Majlis Tertinggi (MT) parti mengadakan mesyuarat perwakilan khas untuk melantik semula jawatankuasa UMNO bahagian itu secepat mungkin.

Menurutnya, tindakan itu adalah semata-mata untuk menyerahkan jawatan Ketua UMNO Bahagia kepada Ahmad yang disifatkan telah banyak berjasa dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu di kawasan berkenaan.

''Selain semua AJK bahagian bersetuju untuk meletakkan jawatan, kami turut mendapat desakan daripada ahli UMNO, akar umbi serta orang Melayu di Bukit Bendera supaya beliau menerajui bahagian ini.

''Kami juga merasakan tindakan yang dibuat adalah tepat malah amat bermakna kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang benar-benar perjuangkan hak orang Melayu khususnya di Bukit Bendera," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad digantung daripada parti selama tiga tahun dari September 2008 berikutan kritikan orang ramai selepas mengeluarkan kenyataan sensitif semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, MT UMNO telah memutuskan untuk menarik balik penggantungan beliau 22 bulan lebih awal.

Sementara itu, Ahmad yang turut menghadiri sidang akhbar itu melahirkan penghargaan terhadap sokongan padu semua AJK bahagian tersebut yang mahu melihat beliau menerajui semula UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.