saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 30/03/2010

Cukupkah sekadar berpesta buku?

SEKIRANYA dapat penulis simpulkan mengenai tahap pembacaan dan budaya membaca di Malaysia, kita sudah berada di ambang pembinaan generasi kedua pembudayaan membaca. Ia dapat dilihat dengan kewujudan kedai-kedai buku yang begitu rancak dilawati pengunjung, sama ada untuk membeli, menemani pembeli atau sekadar melawat.

Pendek kata, senario di kedai buku 10 tahun yang lalu sudah begitu berlainan dengan keadaan sekarang.Begitu juga dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang saban tahun memaparkan peningkatan dari segi pengunjung, lantas secara logiknya apabila diandaikan setiap pengunjung secara puratanya membelanja RM1 seorang, maka dapat dilihat peningkatan dari segi jualan.

Keghairahan penulis, penerbit dan ahli politik melancarkan buku juga dilihat sebagai satu lagi inisiatif positif. Senario itu juga kadangkala seperti sengaja diambil peluang untuk menaikkan martabat kehidupan seseorang, apabila mereka dijemput menyertai majlis-majlis sedemikian.

Kupasan atau ulasan buku di media massa, sama ada bercetak mahupun menerusi media elektronik pada ketika ini juga menjadi satu lagi petanda positif bahawa buku merupakan satu komoditi berita yang penting untuk dihebah dan diperkatakan. Buku kini merupakan satu industri yang mempunyai jiwa besar dan menjamin kelangsungan industri-industri lain.

Sekiranya pada tahun 1980-an, kerajaan memberi inisiatif terhadap kempen-kempen membaca, pada tahun 1990-an sehingga kini pula, gerakan membaca mendominasi senario pembacaan negara. Seharusnya ditanya pula apa langkah seterusnya untuk memantapkan budaya membaca pada masa hadapan.

Kempen membaca berbeza sifatnya jika dibandingkan dengan gerakan membaca. Ketika kempen membaca rancak dijalankan, ia sekadar dilaksanakan untuk menarik minat membaca dengan iklan-iklan yang berkaitan dengan membangkitkan kesedaran membaca.

Namun, kempen tidak seharusnya dijadikan acara wajib sepanjang zaman. Ia perlu dikurangkan setelah sedikit hasil dapat dicapai.

Gerakan membaca perlu menukar arah kempen. Ia perlu bersifat lebih konkrit dan teratur. Sepatutnya, ia digerakkan dengan elemen-elemen kempen yang diperkasakan dan bukan sekadar retorik lagi.

Misalnya menerusi media massa yang mempromosi buku baru diterbitkan, aktiviti-aktiviti 'gila-gila' seperti [email protected], kumpulan membaca, seminar-seminar berkaitan dengan aktiviti pembacaan dan banyak lagi merupakan contoh-contoh gerakan membaca yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.

Kini, muncul satu soalan besar yang perlu dijawab. Apa tindakan seterusnya? Setelah gelombang pertama - berkempen, gelombang kedua - gerakan, maka seterusnya adalah gelombang ketiga iaitu pemerkasaan.

Pemerkasaan boleh dilakukan di dalam pelbagai bentuk. Penulis mencadangkan satu bentuk kajian ilmiah dilakukan terlebih dahulu. Pengurusan membaca mungkin salah satu alternatifnya.

Menerusinya, penulis-penerbit-pembaca perlu dididik secara teratur untuk menulis-menerbit-membaca. Membaca, seperti mana perlakuan manusia lainnya perlu diurus dengan baik.

Misalnya pengurusan masa membaca, kaedah pemilihan dan pembelian bahan bacaan, kaedah membaca (seperti bacaan laju, kritis dan sebagainya), malah pengurusan kewangan pun boleh dijadikan antara elemen pengurusan membaca.

Gelombang pemerkasaan juga perlu menjadikan buku atau bahan bacaan lain sebagai satu peningkatan kehidupan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.