saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 30/03/2010

Puteri Kedah jayakan Kami Prihatin

ALOR SETAR 29 Mac - Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah sedia memberikan kerjasama kepada Utusan Malaysia bagi memastikan kempen Kami Prihatin dapat dijayakan di peringkat negeri ini.

Ketuanya, Norashimah Md. Nowar berkata, pihaknya sanggup menggembeling tenaga bersama Utusan Malaysia bagi menjayakan misi murni itu menerusi program-program tertentu yang boleh dijalankan secara bersama.

"Kami bukan sahaja menyokong langkah Utusan Malaysia, malah sanggup bersama dengan akhbar ini menjayakan program-program termasuk menyedarkan masyarakat khususnya remaja tentang isu semasa termasuk gejala pembuangan anak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kempen yang dijalankan oleh Utusan Malaysia seharusnya disokong oleh semua pihak supaya matlamat menanamkan kesedaran tentang gejala negatif kalangan masyarakat khususnya remaja supaya gejala seumpama itu dapat ditangani dengan berkesan.

"Masyarakat tidak boleh hanya membiarkan Utusan Malaysia bergerak secara sendirian, malah kita semua perlu menyokong dan mengambil langkah tertentu bagi membantu kempen Kami Prihatin," kata beliau.

Sehubungan itu kata Norashimah, beliau akan berbincang dengan ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kedah untuk merangka program yang dapat membantu kempen berkenaan di negeri ini.

"Jika ramai pihak bersama-sama membantu menjayakan kempen Kami Prihatin, sudah tentu matlamatnya akan dapat dicapai dalam masa yang singkat," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.