saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/03/2010

Ramai artis popular rakam lagu Harapan Tanpa Suara


Sebahagian artis popular tempatan (dari kiri) Aizat, Anita Sarawak, Nurul dan Maya Karin, ketika menjayakan rakaman lagu kempen Kami Prihatin, Harapan Tanpa Suara di Studio NAR, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Mac - Hampir 20 penyanyi popular tanah air bergabung suara bagi menjayakan Kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia yang tidak sampai seminggu dilancarkan dengan merakamkan lagu tema berjudul Harapan Tanpa Suara di Studio NAR di sini hari ini.

Lagu yang akan digunakan dalam kempen menangani masalah pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak yang semakin banyak berlaku pada hari ini menyebabkan mereka sanggup meluangkan masa beramai-ramai menyumbangkan bakat bagi menjayakan rakaman lagu tersebut.

Maya Karin yang selalu sibuk dalam bidang pengacaraan misalnya, sanggup meluangkan masanya menyanyikan lagu ciptaan S. Atan itu dalam usahanya membantu menangani masalah sosial tersebut bersama teman-teman artis yang lain dengan cara menyanyikannya secara beramai-ramai.

"Saya bukan sahaja terpanggil menyertai kempen ini kerana rasa simpati dan atas dasar kemanusiaan tetapi juga bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya gejala-gejala seperti ini tidak berlaku lagi dalam masyarakat di negara kita," katanya kepada Utusan Malaysia selepas rakaman lagu itu di studio tersebut.

Selain Maya, penyanyi popular lain yang turut serta menyanyikan lagu itu antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Aishah, Mawi, Aizat, Adibah Noor, Misha Omar, Amy Mastura, Erra Fazira, Nurul, Lah VE, dan Amylia AF menyebabkan Studio NAR terasa hangat dengan semangat mereka itu.

Harapan Tanpa Suara yang liriknya ditulis oleh Habsah Hassan itu turut menarik minat penyanyi veteran, Anita Sarawak yang tampil ditemani suaminya Mahathir Abdullah menyumbangkan suaranya bagi menjayakan rakaman itu yang diadakan sehingga lewat malam.

Menurut Anita, dia menyokong 100 peratus usaha murni Utusan Malaysia kerana pernah melalui pengalaman yang sama sewaktu menyelami perasaan anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dan juga anak-anak gadis yang pernah terlanjur hingga mengandung anak luar nikah.

"Pada 2004 sewaktu saya mengacarakan rancangan Anita di Astro saya telah melawat sebuah pusat kebajikan yang menempatkan mangsa-mangsa masalah sosial tersebut. Dari situlah saya mula memahami dan tersentuh apabila Utusan Malaysia serius dalam kempen seperti ini," katanya.

Sementara itu, Habsah Hassan pula hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja menulis lirik lagu itu yang diberikan oleh S. Atan tiga hari sebelum lirik itu disiapkannya pada 22 Mac lalu di Bukit Fraser, Pahang sewaktu penggambaran drama Kerana Cucu terbitannya dijalankan di sana.

Beliau yang merupakan penulis lirik berpengalaman dalam persada seni suara tanah air berharap agar lagu tema yang dirakamkan untuk menjayakan kempen itu mampu sedikit sebanyak membuka mata masyarakat supaya peka selepas menghayati lagu tersebut yang berkonsepkan irama pop.

"Apabila diberi tanggungjawab menulis lirik lagu ini semua mesej yang mahu saya sampaikan sudah ada dalam kepala saya.

''Jadi saya tidak mengambil masa yang lama untuk menulis lirik lagu ini. Ilham itu makin banyak apabila lirik itu saya tulis selepas saya solat Subuh," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.