saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/04/2010

Harapan Tanpa Suara sarat mesej kemanusiaan - Artis

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kesemua artis popular yang terlibat dalam rakaman lagu kempen Kami Prihatin, Harapan Tanpa Suara berharap sumbangan kecil mereka dapat membantu menyedarkan masyarakat tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Sambil memuji usaha akhbar Utusan Malaysia menggerakkan kempen kemanusiaan ini, mereka menyifatkannya sebagai tepat pada masanya.

Bagi artis-artis berkenaan, lagu Harapan Tanpa Suara gubahan S. Atan dan lirik nukilan Habsah Hassan merupakan sebuah lagu yang sarat dengan mesej kemanusiaan.

Bahkan ada kalangan penyanyi terbabit hampir menitiskan air mata ketika merakamkan lagu berkenaan di Studio NAR di sini semalam.

Bagi penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, usaha yang dirintis oleh akhbar berpengaruh ini merupakan inisiatif yang sangat murni dan wajar diberi sokongan.

"Usaha baik ini ditambah pula dengan penghasilan sebuah melodi yang indah serta lirik lagu yang sangat menyentuh emosi.

"Saya mengharapkan penglibatan saya dan artis-artis lain akan turut disokong oleh rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Siti Nurhaliza yang meluangkan masa menyertai hampir 20 artis lain pada rakaman lagu Harapan Tanpa Suara.

Lagu berkenaan merupakan lagu kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia.

Kempen kemanusiaan yang bermatlamat menyelami isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia.

Menurut Anuar Zain, sebagai penyanyi yang selalu sibuk memenuhi undangan, beliau sendiri tidak banyak boleh membantu menangani gejala sosial itu.

"Lagipun siapalah artis macam kami ini hendak membantu tetapi sekurang-kurangnya dalam lagu ini kami bersatu meluahkan bakat dan perasaan simpati kami.

"Mungkin dengan populariti yang ada pada kami akan memudahkan masyarakat menghayati lagu ini dan sekali gus membuka mata mereka terhadap gejala sosial yang sedang melanda ini," katanya.

Bagi Aizat pula, penglibatannya dalam rakaman lagu kempen Kami Prihatin didorong oleh rasa marah dan sedih atas perbuatan tidak berperikemanusiaan mendera kanak-kanak dan membuang bayi.

Dia terpanggil untuk turut serta dalam kempen ini selepas akhbar Utusan Malaysia banyak menyiarkan berita menyayat hati itu.

"Paling sedih selepas saya membaca berita 10 Februari lalu mengenai seorang bayi yang dibuang di tong sampah dan mayatnya dihurungi semut.

"Secara peribadi saya akui amat geram dan sedih. Justeru, saya mengharapkan bakat yang saya sumbangkan dengan menyanyikan lagu ini dapat menyedarkan masyarakat supaya lebih peka dalam isu ini," katanya lagi.

Biarpun sibuk memenuhi undangan mengadakan persembahan, namun semua itu tidak menghalang superstar Anita Sarawak menerima tawaran Utusan Malaysia untuk terlibat sama dalam rakaman lagu ini.

Bahkan, Anita mahu menggunakan popularitinya untuk membantu menyedarkan para peminatnya serta anggota masyarakat agar mengambil berat tentang gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.

"Walaupun saya hanya menyanyikan dua baris rangkap lagu ini tetapi saya harap kekuatan lagu ini akan sampai ke hati sanubari mereka yang mendengarnya," kata penghibur yang disegani ramai itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.