saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/04/2010

MEB: Pinda undang-undang buruh MEB: Ambilkira perubahan sebelum pinda undang-undang buruh

KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan perlu mengambil kira perubahan semasa sebelum membuat kajian meminda undang-undang buruh bagi memastikan hak-hak pekerja tidak terjejas.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, kajian mungkin perlu dibuat tetapi ia juga perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Katanya, kajian semula undang-undang yang berkaitan dengan modal insan perlu ada kerana industri-industri baru tidak wujud lagi

"Mungkin terdapat kehendak atau keperluan untuk menjalankan kajian tentang undang-undang buruh tetapi kalau ada apa-apa pun perubahan, kita mesti berbincang dengan para pemegang saham terutamanya, Persatuan-Persatuan Pekerja.

"Kami perlu melaksanakan sistem jaringan keselamatan sosial supaya jika wujudnya perubahan, pekerja-pekerja tidak terjejas tetapi kajian ini dilihat tepat pada masa kerana apa yang berlaku ialah cara pekerja digajikan berubah berbanding zaman dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog Penaksiran Model Ekonomi Baru (MEB) yang turut dihadiri oleh ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Hamzah Kassim; Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K Soong; Prof. Fakulti Pentadbiran Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Dr. R Thillainathan; Pengarah Urusan Taxand (M) Sdn. Bhd. Dr. Veerinderjeet Singh dan Pengerusi Persatuan Ekonomi Malaysia, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Mahani yang juga merupakan salah seorang ahli MPEN berkata, undang-undang buruh sepatutnya boleh memberi imbuhan berbentuk ganjaran kepada pekerja yang berpengetahuan tinggi.

"Undang-undang berkenaan perlu lihat bagaimana sesebuah syarikat atau badan itu boleh berdaya saing dengan memberi imbuhan kepada pekerja berkemahiran tinggi, yang berproduktif tinggi dan sebagainya," ujarnya.

Ditanya bahagian mana dalam undang-undang buruh yang menjadi masalah, beliau menjelaskan, perundangan tentang memberhentikan kerja kerana mengambil masa yang terlalu lama.

"Ini bukan sahaja menjejaskan syarikat tetapi pekerja itu sendiri kerana proses itu lama dan pekerja itu mungkin tidak mampu mendapat kerja baik dengan cepat," terangnya.

Beliau juga berkata, jaringan keselamatan sosial sememangnya wujud tetapi ia tidak mempunyai satu sistem pusat.

"Misalnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah sebahagian jaringan itu.

"Bagaimanapun untuk mewujudkan satu sistem pusat, kami perlu tahu jaringan yang patut ada dan siapa yang patut diberikan kerana ia mungkin mewujudkan sistem yang menyebabkan orang malas bekerja," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.