saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/04/2010

Kepala surat Kerajaan Israel, satu lagi penipuan Anwar?

KUALA LUMPUR 1 April - Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi penipuan besar Ketua Pembangkang itu.

Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat Kerajaan Israel.

Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diminta mengulas mengenai 'senario pelik' itu berkata, beliau tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang kaki putar belit.

"Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap. Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.

"Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar belit," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com semalam.

Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco.

Selasa lalu, ketua pembangkang itu ketika memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada idea One Israel, menuntut supaya kerajaan membatalkan kontrak perkhidmatan dengan Apco.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat apa yang didakwa kononnya skandal yang mencalar maruah negara.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri perundingan.

"Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua Israel," jelasnya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohsin Fadzli Samsuri berkata, dalam dunia yang serba canggih sekarang segalanya boleh dilakukan termasuk bagi tujuan penipuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai tidak menolak kemungkinan penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu ada unsur penipuan bagi mencemarkan imej kerajaan.

"Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.