saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 02/04/2010

531 kesalahan lalu lintas dalam 'Ops Checkmate'


Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis membuat pemeriksaan timbangan dalam operasi 'Checkmate' di Kangar, semalam.


KANGAR 1 April - Sebanyak 531 kes kesalahan lalu lintas dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sepanjang 31 hari operasi 'Ops Checkmate' diadakan di seluruh negeri ini mulai 1 Mac lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ, Mohd. Tarmizi Ghazali, antara kesalahan yang dikesan termasuk 128 kes tidak mematuhi lampu isyarat, tidak memakai topi keledar (34) dan tujuh kesalahan memotong garisan berkembar.

Katanya, antara kesalahan lain termasuk menggunakan telefon bimbit ketika memandu (13) dan tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

"Semasa operasi ini di jalankan, JPJ Perlis turut mengeluarkan sebanyak 52 saman ke atas kenderaan dari Thailand yang melakukan pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara kesalahan lain ialah 38 kesalahan berkaitan lesen memandu dan lapan kes kenderaan membawa lebih muatan.

Menurutnya, pengguna kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan akan menerima notis temusiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikehendaki hadir ke pejabat JPJ dalam tempoh 14 hari untuk memberi keterangan.

"Sekiranya pemandu itu gagal hadir, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan mereka akan diambil," katanya.

Tarmizi berkata, pengguna jalan raya yang menjelaskan bayaran saman selepas 15 hari saman itu dikeluarkan akan turut mendapat diskaun sebanyak 30 peratus manakala pada hari ke-16 sehingga hari yang ke-30 pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus.

Beliau berkata, JPJ juga memohon kerjasama orang ramai untuk merakamkan setiap kesalahan pemandu dengan menyalurkan maklumat tersebut ke [email protected] bersama maklumat lengkap seperti tarikh dan tempat kejadian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.