saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/04/2010

Grup muda Flava sahut kempen Kami Prihatin

KUALA LUMPUR 1 April - Kumpulan Flava mungkin dianggotai oleh anak muda awal 20-an namun ini tidak bermakna mereka tidak ambil pusing mengenai isu dan penyakit sosial yang melanda masyarakat.

Justeru mereka turut tampil menyumbangkan suara untuk lagu tema kempen Kami Prihatin yang bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Rizu atau Mohd. Ridzuan Sharifuddin, 21, berkata, dia bangga kerana dapat menyertai kempen itu, malah teruja menjayakannya bersama-sama penyanyi popular tempatan yang lain.

"Ini merupakan kali pertama Flava merakamkan lagu yang akan digunakan bagi tujuan amal dan kami menganggapnya sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Saya dan tiga lagi anggota Flava rasa bertuah kerana diberi peluang menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara kerana secara tidak langsung para peminat akan lebih mengenali kami,'' ujarnya.

Rizu berharap Harapan Tanpa Suara akan diminati bukan sahaja di negara ini tetapi hingga ke luar negara sesuai dengan mesej kemanusiaannya yang bersifat global seperti lagu We Are The World dendangan Michael Jackson.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.