saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/04/2010

Pelancaran rasmi Kami Prihatin 8 April ini

KUALA LUMPUR 1 April - Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan stesen televisyen Astro akan dilancarkan secara rasmi pada 8 April ini.

Majlis pelancaran dijadual disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di aras dua, stesen KL Sentral pada pukul 4 petang.

Buat pertama kalinya, lagu Harapan Tanpa Suara ciptaan komposer S. Atan dan lirik oleh Habsah Hassan akan diperdengarkan bersama-sama klip video khas kempen Kami Prihatin nyanyian beberapa artis popular tanah air yang begitu prihatin dengan gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Hari ini, jawatankuasa penganjur meninjau tapak pelancaran di KL Sentral.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian berkenaan, Datuk Saripuddin Kassim; Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia, Zulkifli Hamzah; Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan Eksekutif Editor Astro Awani, Zaiful Mohd. Ariffin.

Agensi lain yang turut memberi komitmen dalam perbincangan itu ialah wakil Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Institut Sosial Malaysia (ISM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.