saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/04/2010

Terdapat trend peningkatan Influenza A H1N1

KUALA LUMPUR 2 April - Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat trend peningkatan kes Influenza A H1N1 di negara ini sejak tiga minggu lalu dengan purata 50 kes positif H1N1 dikesan setiap minggu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan purata semasa kes positif H1N1 itu jauh lebih tinggi berbanding sekitar 20 kes positif seminggu yang dicatatkan sepanjang bulan Januari dan Februari lalu.

"Catatan mingguan terkini pula (sehingga semalam) menunjukkan 210 kes gejala seakan Influenza (ILI) baru, menjadikan jumlah semasa pesakit dengan ILI yang mendapatkan rawatan di hospital berjumlah 380 orang.

"Daripada jumlah tersebut, 32 pesakit (8.4 peratus) disahkan positif H1N1 melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Walaupun keadaan dilaporkan masih terkawal, beliau mengingatkan orang ramai supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bersesuaian untuk mencegah penularan H1N1.

Dalam pada itu, Tiong Lai menjelaskan terdapat 10 kejadian kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu ini sehingga semalam di Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka.

"Kluster ILI tertinggi dicatatkan di Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi (48 kes), Sekolah Menengah Teknik Langkawi (43 kes), Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor (31 kes) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, Langkawi (30 kes).

"Memandangkan rekod kluster ILI banyak melibatkan pelajar, ibubapa diingatkan supaya segera mendapatkan rawatan untuk anak mereka dan memastikan pesakit tinggal di rumah sepanjang tempoh kuarantin," ujarnya.

Beliau turut menegaskan pentingnya pesakit yang mempunyai gejala ILI atau positif H1N1 mengamalkan langkah pencegahan seperti yang dimaklumkan pihak kementerian melalui media cetak dan media elektronik.

Selain itu, Tiong Lai menyatakan rekod semasa menunjukkan sejumlah 12,688 kes positif H1N1 dicatatkan sejak April 2009 sementara jumlah kematian kekal pada 77 orang sehingga kini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat semasa kes H1N1 atau pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin H1N1 boleh melayari www.moh.gov.my atau h1n1.moh.gov.my.

Sementara itu di PERAK, empat guru dan tujuh pelajar antara 26 kes positif jangkitan virus H1N1 yang dilaporkan di negeri itu dalam tempoh 13 minggu dari 3 Januari lalu hingga hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.