saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 04/04/2010

Man. United terkulai tanpa Rooney


PEMAIN Chelsea, Didier Drogba melepaskan rembatan padu yang menghasilkan jaringan kemenangan untuk pasukannya, walaupun cuba diasak oleh pemain Manchester United, Nemanja Vidic pada pertembungan kedua-dua pasukan dalam Liga Perdana England, di Old Trafford, semalam. - REUTERS


MANCHESTER - Chelsea mengambil penuh kesempatan di atas ketiadaan Wayne Rooney untuk melonjak ke tangga teratas Liga Perdana England (EPL) selepas menang 2-1 ke atas Manchester United, semalam.

Jaringan Joe Cole dan pemain gantian, Didier Drobga membuktikan dominasi kelab London itu, selepas lawan mereka jelas kurang berinspirasi tanpa penyerang Rooney, yang telah menjaringkan 34 gol setakat ini.

Jaringan minit-minit akhir pemain gantian, Federico Macheda pula membuktikan United masih mampu bertindak balas ketika tiga rayuan untuk sepakan penalti pasukan itu, dinafikan oleh pengadil.

Bagaimanapun, itu tidak boleh dijadikan alasan buat penyandang juara itu, selepas gagal mencipta peluang gol, sebelum Macheda menyempurnakan hantaran lintang dari pemain gantian, Nani pada sembilan minit akhir perlawanan.

Ketiadaan Rooney tidak menukar bentuk formasi United, dengan Dimitar Berbatov sekali lagi gagal menepati statusnya selaku pemain termahal dalam sejarah pembelian United, apabila gagal membentuk gandingan baik dengan Ryan Giggs dan Antonio Valencia di bahagian serangan.

Ancelotti menurunkan barisan yang sama ketika Blues membelasah Aston Villa 7-1 hujung minggu lalu, dengan Drogba diletak di bangku simpanan pada awal permainan.

Nicolas Anelka mengetuai rangkaian serangan, dibantu Cole dan Florent Malouda di bahagian sayap.

Gandingan mereka membolehkan Chelsea mendahului pada minit ke-20.

Gerakan bermula dari sebelah kiri, selepas Malouda melepasi Valencia dan Gary Neville, dan dia bergelut dengan Darren Fletcher sebelum melakukan hantaran lintang yang tepat kepada Cole, yang kemudiannya melakukan kuisan menarik untuk gol pertama Blues.

Chelsea memperoleh gol kedua melalui jaringan Drogba, yang dilihat berada pada posisi ofsaid, sebelum menyambar hantaran pemain gantian, Salomon Kalou dan melepaskan rembatan deras menewaskan Edwin van der Sar.

"Ia amat mengecewakan, kita dapat lihat bagaimana kualiti pengadil di sini, saya rasa ia mengganggu rentak permainan kami.

"Walaupun kami tewas ia tidak bermakna kami sudah gagal meraih kejuaraan liga musim ini," kata pengurus United, Alex Ferguson. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.