saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/04/2010

Artis merayu sayangilah anak-anak


Lah Ahmad dan Siti Nurhaliza.


KEMPEN Kami Prihatin yang diilhamkan akhbar Utusan Malaysia nampaknya mendapat sambutan tidak berbelah bagi daripada kalangan artis.

Siapa kata artis-artis kita tidak mahu terlibat dalam kerja-kerja amal? Lihatlah demi memberi sokongan supaya kes-kes penderaan dan pembuangan bayi tidak terus berlaku mereka sanggup membantu.

Itulah perjuangan yang mampu dilakukan artis-artis kita agar masyarakat sedar anak-anak adalah permata yang amat berharga walaupun dari mana mereka dilahirkan.

Kempen Kami Prihatin turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Selasa lalu kira-kira 20 artis popular berganding tenaga untuk sama-sama merakamkan lagu Harapan Tanpa Suara hasil ciptaan komposer S. Atan manakala lirik nukilan Habsah Hassan.

Rakaman yang dilakukan di studio NAR Records itu berjalan lancar dengan penglibatan artis antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Lah Ahmad, Aizat, Amy Mastura, Aishah, Adibah Noor, Anita Sarawak, Mawi dan Anuar Zain.

Malah kesemua mereka amat sedih membaca kisah-kisah pembuangan bayi yang tidak berdosa dan merayu agar masyarakat mempunyai sifat kasih kepada anak-anak.

Bagi penyanyi Amy Mastura, dia amat kecewa dengan kes-kes seumpama itu.

Amy yang mempunyai dua anak berusia lima dan sembilan tahun merayu supaya semua masyarakat menyemai perasaan cinta kepada golongan itu.

"Kita ajarlah anak kita dengan ilmu. Ajarlah dia dengan agama serta kasih sayang. Ingatlah, anak-anak itu akan menjaga kita dengan baik sekiranya ketika mereka kecil mereka dididik dengan sempurna," kata Amy.

Katanya, jika ada mana-mana gadis yang mengandung luar nikah, janganlah sesekali mengambil pendekatan membuang anak sebaliknya serahkan kepada rumah perlindungan.

Lah Ahmad yang mempunyai seorang anak berusia 10 bulan mengakui anak- anak lambang kasih sayang yang sejati.

Apabila penat bekerja anak-anak dapat menghilangkan perasaan resah itu.

"Saya akan hilang kekusutan apabila melihat anak saya. Betullah kata orang kasih sayang terhadap anak itu luar biasa sekali. Sayangilah mereka sepenuhnya kerana anak-anak akan memberikan kita sumber inspirasi," katanya.

Menurut Lah, dia juga percaya anak adalah sumber rezeki. Ia terbukti selepas Lah mendapat bayi perempuannya itu, banyak projek yang dia terima khususnya dalam penghasilan lagu.

Penyanyi sepanjang zaman, Aishah pula menceritakan anak-anak adalah rahmat yang amat bernilai. Maka, janganlah disia-siakan anak-anak itu.

Sebagai seorang ibu, kadang-kadang dia berasa berdosa terhadap anaknya dan dengan sebab itulah sebelum tidur dia melakukan amalan bermaaf-maafan terlebih dahulu.

"Sebelum masuk tidur saya dan anak saya akan bersalaman. Kami takut dalam sehari itu ada salah silap yang kami lakukan.

"Saya selalu ingatkan anak saya, kalau kita mati sebelum meminta maaf, bimbang nanti dosa itu tidak diampunkan. Sebab itulah kami selalu bermaaf-maafan sebelum tidur," katanya.

Walaupun masih belum memiliki anak, Mawi mengakui dia sememangnya sayangkan budak-budak.

Kes-kes penderaan dan penganiayaan yang berlaku membuatkan dia bersedih mengenangkan sikap masyarakat yang kejam.

Kata Mawi, dia mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak buahnya di kampung.

"Setiap kali pulang ke Johor saya akan bawa anak-anak buah saya berjalan-jalan. Apabila bermain dengan budak-budak, tekanan saya akan hilang. Begitulah hebatnya kanak-kanak," katanya.

Aizat juga tidak dapat menyembunyikan perasaan marah setiap kali membaca laporan penganiayaan keatas bayi yang tidak berdosa.

Kata Aizat, untuk membuang seekor kucing pun dia sedih apatah lagi melihat kanak-kanak yang tidak berdosa ditinggalkan sehingga ada di antaranya menemui ajal.

"Mereka yang membuang bayi itu sebenarnya tak sanggup menanggung malu di atas perbuatan mereka sendiri. Itu memang tak patut sedangkan bayi itu adalah zuriat yang disayangi Allah," ujarnya.

Erra Fazira yang turut sedih dengan kejadian yang semakin menjadi-jadi itu merayu mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral supaya tidak terus melakukan dosa.

Kata Erra, sudahlah seseorang itu berdosa melakukan hubungan sehingga mengandung anak luar nikah tetapi masih mahu menambah dosa dengan membunuh bayi.

"Saya sedih dengan kejadian seperti ini. Cukup-cukuplah kita berdosa dan jangan tambah lagi dosa itu.

"Ramai orang di luar sana yang tak dapat anak. Berilah anak itu kepada mereka dengan saluran yang betul. Jangan dicampakkan bayi di tempat-tempat yang boleh mendedahkan mereka dengan bahaya dan kematian," rayunya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.