saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/04/2010

H1N1: 2 beranak mangsa terbaru

KUALA LUMPUR 3 April – Influenza A H1N1 meragut dua lagi nyawa apabila seorang ibu dan anaknya yang baru melahirkan anak kedua, meninggal dunia di Hospital Melaka akibat jangkitan virus itu pada Rabu dan semalam.

Mangsa ialah Maimunah Dimah, 54, dan anaknya, Sumarni Mat Nor, 29.

Kematian terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa akibat virus itu meningkat kepada 79 orang di mana 77 kes pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan perkara itu berkata, dua beranak yang berasal dari Jasin itu dimasukkan ke Hospital Melaka dan disahkan positif H1N1.

Beliau memberitahu, dalam kes pertama melibatkan Maimunah yang meninggal dunia akibat komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke hospital dengan simptom penyakit serupa Influenza (ILI).

“Wanita itu menghidap diabetes pada tahap serius sehingga mengakibatkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan dijangkiti kuman lain,” jelas beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, anak wanita itu yang mengandung 36 minggu pula dimasukkan ke hospital kerana menunjukkan tanda-tanda kelemasan bayi dalam kandungan dan pada masa sama dia turut menunjukkan simptom ILI.

“Rawatan Tamiflu dimulakan dan untuk menyelamatkan bayi, pembedahan dilakukan pada hari yang sama. Selepas pembedahan mengeluarkan bayi, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia semalam akibat sindrom kesukaran bernafas,’’ tambahnya.

Katanya, bayi mangsa disahkan negatif H1N1 dan masih lagi dirawat di ICU memandangkan tidak cukup bulan.

Tiong Lai menyeru mereka yang mempunyai faktor risiko H1N1 supaya segera mendapatkan pelalian secara percuma di 104 pusat kesihatan di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.