saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/04/2010

Muhyiddin hadiri mesyuarat eksekutif UNESCO

PARIS 4 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tiba di sini esok untuk kali pertama beliau menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dijadual berlangsung di sini pada Selasa dan Rabu ini.

Kehadiran beliau yang juga Menteri Pelajaran, membuktikan komitmen berterusan Malaysia menggalakkan peranan bidang pendidikan dalam masyarakat antarabangsa menerusi UNESCO.

Difahamkan, ia juga kesinambungan kunjungan Muhyiddin ke atas Ketua Pengarah UNESCO sebelum ini, Koiichiro Matsura di sini pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Muhyiddin antara lain menyentuh tentang kerjasama dengan UNESCO untuk membangunkan sistem pendidikan di Malaysia.

Pada mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO kali ini, Timbalan Perdana Menteri dijangka berkongsi pengalaman Malaysia dalam membangunkan bidang pendidikan menerusi program Pendidikan Untuk Semua (EFA).

Beliau akan menyampaikan ucapan dasar selama lapan minit iaitu sebagai pembahas pertama pada sesi pleno hari kedua mesyuarat tersebut di ibu pejabat UNESCO di sini.

Malaysia menduduki kerusi lembaga eksekutif itu untuk tempoh empat tahun menerusi Menteri Pelajaran sebelum ini, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menang semasa pemilihan dalam Persidangan Agung UNESCO pada 24 Oktober 2007. Tempoh tersebut bermula 2008 hingga 2011.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadual tiba dari tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Charlers De Gaulle di sini pada awal pagi esok.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran, Ali Abdul Ghani turut menyertai delegasi kementerian selain Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba.

Pada sebelah malamnya, Muhyiddin akan menghadiri majlis makan malam bersama ketua-ketua agensi Malaysia di sebuah hotel di sini.

Dalam pada itu, pada hari pertama Selasa ini, Timbalan Perdana Menteri akan menyertai sesi pleno dan majlis pembukaan Sesi Ke-184 Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO di ibu pejabat UNESCO.

Selepas itu, beliau akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan bakal-bakal pelabur terkemuka dari Perancis dalam majlis anjuran MIDA di hotel penginapannya.

Beliau kemudian akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelajaran Perancis, Luc Chatel pada sebelah petang hari yang sama.

Pada keesokannya, beliau akan mengunjungi Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova di ibu pejabat pertubuhan itu sebelum menghadiri mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO dan berucap pada sesi pleno dan debat umum hari kedua.

Muhyiddin akan berlepas pulang ke tanah air pada malam hari yang sama. - utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.