saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/04/2010

Imigresen tambah autogate di sempadan

PUTRAJAYA 4 April - Jabatan Imigresen akan menambah sistem pagar automatik (autogate) di pintu-pintu masuk udara dan darat untuk memudahkan urusan keluar masuk penduduk tempatan di pintu sempadan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya pada masa yang sama akan turut memperkenalkan kemudahan autogate kepada pelawat asing yang memegang pasport versi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Beliau berkata, jumlah autogate yang ada ketika ini masih terhad kepada beberapa pintu masuk utama termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

"Di KLIA umpamanya, kita hanya mempunyai 12 autogate iaitu enam di bahagian ketibaan dan enam lagi di bahagian pelepasan.

"Kerajaan telah menetapkan supaya lebih banyak autogate diwujudkan supaya urusan keluar masuk dijalankan tanpa melalui kaunter, ia merupakan satu pendekatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia.

"Kita sedang menunggu arahan lanjut daripada kerajaan untuk menentukan jumlah autogate yang akan ditambah dan lokasi akan ditambah," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis meraikan kakitangan Imigresen KLIA di sini baru-baru ini.

Imigresen KLIA telah diumum sebagai penerima anugerah Perkhidmatan Imigresen Terbaik Lapangan Terbang Dunia dalam Majlis Anugerah Skytrax yang diadakan di Belgium pada 23 Mac lalu, menewaskan dua pencabar terdekat iaitu Imigresen Lapangan Terbang Changi, Singapura dan Imigresen Lapangan Terbang Beijing.

Kemenangan Imigresen KLIA itu berdasarkan perkhidmatan mesra dan efisien yang diberikan kepada pelanggan antarabangsa.

Abdul Rahman berkata, beliau berbangga dengan pengiktirafan antarabangsa tersebut yang membuktikan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia setanding dengan Jabatan Imigresen negara lain.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura telah dipilih sebagai lapangan terbang terbaik dunia tetapi mereka kalah kepada kita dari segi Jabatan Imigresen.

"Kejayaan ini merupakan hasil usaha berterusan Jabatan Imigresen untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap pengguna," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha untuk memudahkan urusan keluar masuk pelancong asing tidak akan menjejaskan tahap keselamatan di pintu sempadan.

"Usaha untuk memudahkan urusan di sempadan telah dimulakan sejak awal 1980-an ketika Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mula menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Sejak itu, Jabatan Imigresen berusaha untuk memperbaiki layanan kepada pelawat asing termasuk memperkenalkan kempen perkhidmatan dengan senyuman pada pertengahan 1990-an," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.