saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 05/04/2010

Keperluan memenangi PRK Hulu Selangor

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor memang menarik perhatian. Sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekutunya, kemenangan amat penting. Maka tidak hairanlah PRK ini satu pertembungan sengit walaupun ia belum mampu menjadi ukuran kepada sokongan sebenar rakyat. Bagi PKR, sudah pasti ia tidak rela hilang satu lagi kerusinya setelah kehilangan empat wakil rakyat yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas (Bayan Baru, Bagan Serai dan Nibong Tebal keluar parti dan Kulim Bandar Baharu dipecat). BN pula mahu merampas kembali kerusi yang pernah dikuasainya sebelum ini lebih-lebih lagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu di Parlimen itu menjadi milik BN. Pada masa yang sama BN sudah tentu mahu menebus kekecewaan pada PRK Parlimen Kuala Terengganu yang menyebabkan parti itu kehilangan satu kerusi di Dewan Rakyat.

Seperti diumumkan baru-baru ini, penamaan calon akan berlangsung pada 17 April dan jika ada pertandingan, pembuangan undi dilangsungkan pada 25 April. Kini persoalan tertumpu kepada siapakah calon-calonnya. Isu parti dijangka tidak timbul dan tidak perlu mana-mana pihak khususnya dalam BN menyulitkan keadaan. Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu, calon juga menjadi faktor penentu kejayaan tetapi fokus yang harus diberi ialah parti yang bertanding.

Sama ada MIC, UMNO, MCA atau Gerakan yang diturunkan, apa yang penting mereka membawa 'bendera' BN. Begitu juga dengan pakatan PKR-DAP-Pas yang kini memerintah Selangor. Mereka juga membawa obor pakatan pembangkang walaupun kerjasama mereka belum didaftarkan secara rasmi seperti BN.

Berdasarkan kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin, MIC nampaknya hampir pasti diturunkan semula sekiranya formula kerjasama BN diutamakan. Maka eloklah dihentikan pelbagai desakan yang boleh menyukarkan keadaan dan menjejaskan peluang kemenangan.

Begitu juga dengan pakatan PKR-DAP-Pas yang pasti menurunkan wakil PKR. Sebelum ini, Pas pernah menurunkan orang kuatnya Ismail Kamus pada PRU 2004 tetapi tewas kepada G.Palanivel.

Menyelak kembali rekod lima PRU yang lalu (lihat carta), calon BN, Palanivel menang empat kali berturut-turut sejak PRU 1990 sebelum tewas tipis pada PRU 2008 yang dilanda 'tsunami politik'. Pada PRU lalu, bukan sekadar Palanivel yang tewas tetapi Samy Vellu dan beberapa calon MIC lain juga kecundang. Semuanya akibat 'tsunami politik' yang tidak mampu dielakkan ketika itu. Semua parti komponen BN terasa 'gegarannya'.

Kembali ke Hulu Selangor, adakah pertembungan semula akan berlaku antara Palanivel - Ismail atau Palanivel - Dr. Hayati? Atau mungkin muka baru akan diturunkan?

Soal siapa merupakan perkara kedua.

MIC awal-awal lagi mengemukakan nama Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC untuk terus bertanding di kawasan itu. Khabarnya beberapa nama lagi dihantar sama seperti PRK lain. Dengan rekod yang ada, MIC nampaknya sudah bersedia untuk merampas kembali kerusi Hulu Selangor.

MIC melihat Palanivel sebagai orang nombor dua dalam MIC mempunyai peluang baik untuk menang. Alasannya beliau lebih tahu denyut nadi penduduk di sana. Tetapi kata pemutus terakhir terletak kepada Pengerusi BN, Najib Tun Razak. Sebagai parti komponen, MIC hanya mampu untuk mencadangkan.

Namun di sebalik kenyataan Samy Vellu mahukan Palani diturunkan, adakah ini sebagai petanda awal bahawa MIC sedang menuju ke arah peralihan dalam kepemimpinan parti?

Mungkin jika Palani memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor ini, Samy Vellu akan lebih mudah melepaskan jawatan tertinggi dalam parti kepada orang nombor duanya? MIC perlukan perubahan seiring dengan perubahan yang berlaku dalam rakan-rakan komponennya dalam BN iaitu UMNO, MCA dan Gerakan.

Jika calon MIC dipilih, kemudiannya menang adakah PRK Hulu Selangor ini akan menggerakkan satu perubahan besar kepada barisan kepemimpinan MIC? Sama-samalah kita nantikan perkembangan menarik di sebalik siapa calon yang akan dicalonkan BN pada PRK ini. Dan bagi mereka yang berhasrat untuk melihat seseorang terpilih, janganlah kerana tidak terpilih, mereka merajuk - mahu bercuti atau menutup bilik gerakan pilihan raya!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.