saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 05/04/2010

Mediu lancar kursus Bahasa Arab 1Malaysia

SHAH ALAM 4 April - Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) melancarkan kursus jangka pendek Bahasa Arab 1Malaysia yang memberi peluang kepada rakyat pelbagai bangsa menyertainya.

Lebih menarik, semua peserta kursus selama enam bulan itu akan menikmati diskaun enam puluh peratus untuk yuran dan hanya perlu membayar RM600 berbanding yuran asal RM1,400.

Rektor Mediu, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi berkata, langkah mewujudkan kursus itu adalah untuk mengembangkan bahasa Arab ke serata dunia dengan modul pengajarannya telah diolah oleh pakar-pakar bahasa tersebut di Madinah.

Beliau berkata, kursus jangka pendek itu akan diajar sama ada secara menghadiri kelas di universiti atau secara e-pembelajaran iaitu secara dalam talian sesuai dengan status Mediu sebagai universiti bertaraf MSC.

"Selain daripada mengantarabangsakan bahasa Arab, pihak Mediu juga berhasrat memperkenalkan bahasa Arab secara lebih mendalam kepada semua bangsa di dunia agar mereka menghayati keindahan bahasa ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya sempena pelancaran Kursus Bahasa Arab 1Malaysia yang berlangsung di Mediu di sini.

Mohammad Khalifa berkata, pemberian diskaun itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai penuntut dari kalangan pelajar tempatan mempelajari bahasa Arab, bahasa yang mengasaskan ketamadunan Madinah.

"Kami berharap pengenalan kursus ini kepada semua bangsa di Malaysia akan lebih memakmurkan negara ini dan seterusnya akan menjayakan gagasan 1Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.