saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/04/2010

Rumah Din Beramboi dipecah masuk


JIRAN Allahyarham Din Beramboi, Rosli Amran menunjukkan kawasan yang dipercayai menjadi laluan pecah masuk di Jalan Sentosaria 8, Taman Sentosa Fasa 3A, Sungai Buaya, semalam. – UTUSAN/ Noor Asrekuzairey Salim


KUALA LUMPUR 5 April – Ketika peminat masih meratapi pemergian pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap keluarga Allahyarham dengan memecah masuk rumah mereka malam tadi.

Sejak Allahyarham Din Beramboi dimasukkan ke hospital Isnin lalu, rumahnya di Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu tidak berpenghuni kerana semua ahli keluarganya berada di rumah ibu Allahyarham di Taman Ehsan, Kepong.

Bagaimanapun, peluang itu digunakan sekumpulan penjenayah untuk memecah masuk rumah Allahyarham dan melarikan peralatan dan barangan berharga kira-kira RM20,000.

Abang ipar Allahyarham, Shariffudin Che Mah berkata, kejadian itu hanya disedari mereka sekeluarga kira-kira pukul 10.30 pagi ini selepas salah seorang jiran Allahyarham ternampak kesan pecah masuk pada pintu jeriji belakang rumah Din Beramboi.

Sebaik sahaja dimaklumkan oleh jiran Allahyarham, katanya, dia yang ketika itu berada di Kepong ke rumah itu bersama isteri Allahyarham, Suhaini Che’ Man, 42.

“Sebaik sahaja kami sampai, keadaan rumah Allahyarham berselerak seolah-olah digeledah lebih daripada seorang penjenayah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, selepas membuat pemeriksaan, dia mendapati beberapa barangan berharga Allahyarham termasuk set radio, tiga unit komputer riba dan beberapa utas jam tangan hilang.

Din Beramboi meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Jumaat lalu akibat demam denggi berdarah.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 29 Mac lalu selepas keadaannya dilaporkan kritikal.

Shariffudin memberitahu, menurut jiran-jiran Allahyarham, mereka ternampak sebuah kereta dan motosikal diletakkan di hadapan rumah arwah lewat malam tadi.

“Bagaimanapun mereka tidak mencurigai apa-apa sehinggalah salah seorang daripada jiran ternampak kesan pecah masuk pagi ini,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, isteri Allahyarham membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Beliau berkata, sehingga petang ini, tiada tangkapan dibuat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.