saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 06/04/2010

Bekas imam miliki dadah dipenjara


CHE Hishamuddin Che Long dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dijatuhkan hukuman di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 5 April - Umur bekas imam ini sudah mencecah 61 tahun. Dalam melewati usia tersebut, dia telah menunaikan haji sebanyak empat kali.

Namun entah di mana silapnya, dia terjerumus dalam gejala dadah menyebabkannya dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Che Hishamuddin Che Long dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Dazuki Ali atas dua tuduhan pindaan memiliki ganja seberat 70.35 gram, hampir setahun lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Dazuki sempat menasihati warga emas itu supaya insaf dengan kesalahan yang dilakukan apatah lagi dia merupakan seorang yang dihormati berdasarkan statusnya dan telah empat kali menunaikan haji.

''Awak nasib baik ini kes dadah, kalau kes rogol awak sudah kena sebat. Ini barang mainan budak-budak. Ingatlah umur awak itu, Nabi Muhammad wafat pun usia 63 tahun, insaflah,'' ujar beliau.

Che Hishamuddin yang disoal oleh hakim sebelum itu memberitahu, dia telah empat kali menunaikan haji di antara 1989 dan 2004 menggunakan duit sendiri.

Tertuduh yang mempunyai tujuh anak berusia antara 22 dan 39 tahun itu turut ditanya kenapa terbabit dalam kes dadah namun tertuduh hanya menjawab 'tidak tahu'.

Dazuki secara perumpamaan kemudiannya menyatakan:

''Pakai kopiah nak pergi masjid pun boleh tergelincir, nak pergi masjid tetapi 'gelecoh' (menyimpang) pergi kedai kopi, minum kopi O atau teh O panas. Hendak sejuk makan masa sejam, niat nak pergi masjid sudah tak jadi duduk kedai kopi terus.''

Mengikut tuduhan pindaan pertama, Che Hishamuddin didakwa memiliki tujuh batang balutan kertas putih berisi bahan tumbuhan kering iaitu ganja seberat 57.7 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris, Tanjung Pauh, Bachok, di sini kira-kira pukul 8.10 malam, 15 April tahun lalu.

Bagi tuduhan pindaan kedua, dia didakwa memiliki dua kertas putih berisi tumbuhan kering ganja seberat 12.65 gram di tepi jalan besar Beris Kubur Besar, Bachok kira-kira pukul 7.50 malam, hari yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Bagi tuduhan pertama, Che Hishamuddin dihukum penjara enam tahun manakala tuduhan kedua, dia dihukum penjara dua tahun.

Dazuki memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh tangkapan pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rehan Mohd. Aris manakala tertuduh diwakili peguam bela, Azahir Nasir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.