saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/04/2010

Kes saman Guthrie - Bank Islam diperintah serah dokumen

06/04/2010 12:23pm

KUALA LUMPUR 6 April - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) diperintah menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam tempoh 14 hari semua dokumen yang dipohonnya dalam kes saman membabitkan saham Guthrie Berhad.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf mengeluarkan perintah itu dalam kamar ekoran permohonan Abdul Khalid bagi mendapatkan semua dokumen berkaitan yang ada pada bank itu.

Peguam Abdul Khalid, Malik Imtiaz Sarwar, memberitahu pemberita kemudian bahawa jika bank itu gagal berbuat demikian, saman balas bank itu terhadap Abdul Khalid boleh ditolak.

Kes itu melibatkan dua saman satu oleh Abdul Khalid terhadap bank itu dan satu lagi ialah saman balas bank itu terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Abdul Khalid menyaman BIMB pada 18 Mei 2007 kerana mendakwa bank itu telah melakukan kesalahan melupuskan saham beliau dalam Guthrie yang diperoleh menerusi pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) pada 30 April 2001.

Beliau memohon perintah bahawa terdapat kontrak cagaran antara beliau dan bank itu berhubung pinjaman berkenaan.

Abdul Khalid yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.