saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 06/04/2010

Dua hari hasilkan lagu kempen


TELITI... Komposer terkenal, S.Atan (berdiri) sedang memerhatikan barisan pemain strings sebelum proses rakaman lagu Harapan Tanpa Suara bermula.


BAGI sesetengah orang, menghasilkan melodi yang indah dalam masa dua hari barangkali satu perkara yanga aneh. Namun, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa buat komposer S. Atan yang diberi amanah menghasilkan lagu kempen Kami Prihatin, Harapan Tanpa Suara.

S. Atan menjadikan perkara itu sebagai kenyataan bagi memenuhi hasrat Utusan Malaysia yang memiliki harapan yang besar lagu kempen itu dapat menyedarkan masyarakat.

"Walaupun berhadapan dengan cabaran, namun saya bersyukur kerana memperoleh idea dalam waktu yang singkat untuk menghasilkan melodi ini," katanya.

Sebaik siap dalam masa dua hari, S. Atan menyerahkan melodi itu kepada Habsah untuk digubah liriknya.

Bagi penulis lirik Habsah Hassan pula, beliau terpanggil menyokong kempen tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Katanya, media terutama yang mempunyai pengaruh besar seperti Utusan Malaysia mampu bertindak sebagai ejen membangkitkan kesedaran masyarakat bahawa kanak-kanak dan bayi mempunyai hak untuk hidup bahagia di dunia ini.

"Keadaan yang berlaku pada hari ini amat menyedihkan. Memang wajar kita memberi perhatian kepada apa yang berlaku ini," katanya.

Ilham menghasilkan lirik Harapan Tanpa Suara diperoleh Habsah selepas menyelami suara hati dan perasaan kanak-kanak serta bayi yang menjadi mangsa dera dan penganiayaan orang dewasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.