saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/04/2010

Kami Prihatin Himpunan anak seni teramai

PETANG Khamis ini, kempen Kami Prihatin dilancarkan. Ia akan disertai oleh puluhan selebriti penyanyi, pelakon dan penyiar.

Ini penyertaan teramai anak seni dalam projek amal kemanusiaan. Memang agak lama anak seni tempatan menyepikan diri daripada tampil ke depan, dalam program bukan berteraskan hiburan.

Kali terakhir yang masih diingati kesannya ialah pada tahun 1980-an. Lagu Mereka Yang Rebah, membawa kesan besar terhadap kempen anti dadah semasa itu.

Bukan mereka tidak mahu. Bukan mereka tidak prihatin sebenarnya. Ramai daripadanya melakukannya secara senyap-senyap. Sensitiviti dan takut disalah anggap sering menjadi alasan.

Kali ini, dalam kempen Kami Prihatin, video klip dan lagu Harapan Tanpa Suara bakal menjadi halwa baru mata dan telinga umum. Ia diharapkan dapat membangkitkan kesedaran terhadap gejala dera kanak-kanak dan buang bayi.

Harapan Tanpa Suara yang liriknya ditulis oleh Habsah Hassan bakal menyentak hati nurani. Kreativiti komposer S. Atan pula menjadikan lagu ini meluluhkan rasa kemanusiaan kita.

Pesona utama Harapan Tanpa Suara ialah paduan suara 20 artis yang menjayakan rakaman lagu ini di studio NAR Records, minggu lalu artis paling ramai pernah terlibat dalam pembikinan sebuah lagu amal.

Gandingan suara Datuk Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Lah Ahmad, Aizat, Amy Mastura, Aishah, Adibah Noor, Mawi dan Anuar Zain begitu menakjubkan. Ramai artis baru juga terlibat yang sentiasa sabar menunggu giliran dirakam suara mereka.

Tak mengapa jika sumbangan suara emas mereka hanya sekadar dua tiga patah perkataan. Tak mengapa, komitmen lain dikorbankan. Walaupun tanpa imbuhan wang ringgit, artis tanah air tetap bersemangat memberikan sumbangan.

Demi membela anak-anak tidak berdosa, semuanya menjadi ringan tulang. Gemuruh semangat para selebriti ini bakal menggegarkan Aras 2, KL Central pada petang Khamis ini.

Dalam bayangan suram industri seni tanah air seperti diakui oleh Datuk Khadijah Ibrahim (30 tahun dalam seni suara), para penggiat seni tetap cekal mahu membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh mengubah keadaan.

Memang tangis dan air mata seakan tak kunjung putus mengalir. Penderaan anak, buang bayi dan buang janin masih saja berlaku. Sampai bila kejadian seperti ini akan terus menganggu hati nurani kita?

Kami Prihatin merupakan jambatan bagi menggerakkan usaha swasta-umum untuk menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Penyertaan Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Karyawan dan Astro menjadikan kempen anjuran Utusan Malaysia ini lebih bermakna,

Ia akan disebarluaskan dengan lebih efisien. Keprihatinan umum bakal memudahkan kerajaan melaksanakan peranannya. Kesedaran tinggi masyarakat dapat mencegah perilaku buruk itu daripada terus berulang.

Dera kanak-kanak dan buang bayi berkait dengan banyak hal. Antaranya pengetahuan seks, kerukunan rumah tangga, maksiat dan pergaulan bebas. Semuanya berbaur dan perlu ditangani secara holistik serta bijaksana.

Usaha ini mungkin kecil bagi sebahagian orang. Kempen ini mungkin dianggap biasa kepada sesetengah pihak. Tetapi kesan segera yang dapat dirasai, ramai rakyat Malaysia rupa-rupanya begitu prihatin dengan gejala ini.

Daripada yang kecil sehingga besar. kaya dan miskin, orang kampung dan bandar seperti tidak sanggup lagi untuk melihat kezaliman terhadap kanak-kanak dan bayi terus berulang.

Harapan Tanpa Suara (korus)

Namun hanya harapan tanpa suara

Di dunia cuma seketika

Jasad kaku dibaluti kertas usang

Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah

Bonekakah atau manusia

Anak tidak berdosa menjadi mangsa

Oleh hawa nafsu yang serakah

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.