saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 07/04/2010

Ramai dapat manfaat


SEBAHAGIAN golongan merempat menikmati makanan percuma yang disumbangkan oleh Pertiwi menerusi Projek Dapur Mesra.


KUALA LUMPUR 6 April - Penerima makanan percuma di sekitar ibu negara menganggap Projek Dapur Mesra Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) dianggap sebagai sesuatu yang amat bermakna kepada mereka.

Mereka yang terdiri daripada golongan miskin, merempat dan kutu rayau itu mengakui walaupun usaha ini telah pun dilakukan pihak-pihak tertentu sebelum ini, ia tetap dianggap sebagai rahmat yang tidak ternilai harganya.

Bagi Abdul Rahman Mohd., 50, pendapatannya sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji bulanan sebanyak RM900 tidak dapat menampung keperluan harian yang meningkat.

Katanya, walaupun masih bujang dan tidak mempunyai tanggungan, adakalanya dia terpaksa mengikat perut.

"Alhamdulillah, hampir setiap malam kami menerima makanan percuma. Jika malam ini Pertiwi, malam esoknya pula dari pertubuhan lain," ujarnya yang mengakui tidak mempunyai rumah sendiri dan menjadikan tepi-tepi bangunan sebagai tempat tidur.

Berbanding nasib Abdul Rahman, nasib Rasiah Wahdan, 56, mungkin lebih teruk.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas diceraikan suami dan kesemua enam anaknya diambil keluarga mertua, dia kini tinggal sebatang kara.

"Saya berhijrah ke ibu kota sejak tahun 1987. Sejak itu saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuk tukang cuci di Hospital Kuala Lumpur. Dalam usia begini tiada siapa yang mahu mengambil saya bekerja.


Rasiah Wahdan, yang tinggal sebatang kara dan menjadikan tepi bangunan sebagai tempat tinggal pada waktu malam, bersyukur dengan bantuan makanan daripada Pertiwi.


"Memandangkan saya tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal, di tepi bangunan inilah saya dan rakan-rakan senasib menumpang tidur,'' ujarnya yang melakukan pekerjaan mengutip tin-tin kosong bagi menampung kehidupan hariannya.

Rasiah berkata, dengan pengagihan makanan percuma kepada golongan sepertinya, ia sekurang-kurangnya dapat menceriakan hatinya. Sebelum ini, dia terpaksa tidur dalam keadaan perut kosong.

Bagi Alice Chin, 55, pemberian makanan percuma itu amat bermakna kepadanya. Dia yang berhijrah dari Pulau Pinang sejak berusia 18 tahun itu juga mengakui telah melakukan pelbagai pekerjaan bagi menampung kehidupannya.

Bagaimanapun, katanya, sejak diserang penyakit tiroid hampir lima tahun lalu, dia tidak lagi boleh melakukan sebarang pekerjaan.

"Saya gembira kerana golongan seperti kami tidak dilupakan. Sekurang-kurangnya makanan yang diberikan dapat mengalas perut kami pada malam hari," ujarnya yang mengakui sudah arif dengan jadual pemberian makanan percuma yang dilakukan persatuan atau pertubuhan agama sekitar bandar raya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.