saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/04/2010

PM adakan pertemuan dua hala dengan tiga rakan sejawat

HANOI 8 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan tiga rakan sejawatannya dari Vietnam, Filipina dan Laos sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-16 di sini.

Pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung berlangsung di InterContinental Hanoi Westlake manakala pertemuan dengan Gloria Macapagal Arroyo dan Bouasone Bouphavanh pula di Pusat Konvensyen Kebangsaan Hanoi, tempat berlangsungnya sidang kemuncak tersebut.

Pertemuan dengan ketiga-tiga pemimpin itu masing-masing berlangsung selama setengah jam dan menyentuh beberapa isu berkaitan perdagangan dan pelaburan.

Sebelum itu Perdana Menteri merasmikan Hotel InterContinental Westlake Hanoi milik Berjaya Corporation.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Tan Sri Vincent Tan berkata, InterContinental merupakan rangkaian hotel dan resort milik Berjaya terbaru selain menjadi hotel bertaraf lima bintang terbaru di bandar raya ini.

Menurutnya, sejak dibuka pada tahun 2008, hotel yang dibina di atas tasik itu berjaya merangkul beberapa anugerah pelancongan.

''Selain terlibat dalam industri perhotelan, pelaburan Berjaya di negara ini turut meliputi pembangunan dan pelaburan hartanah, perkhidmatan broker saham serta pendidikan.

''Ini sekali gus meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam selain membuka jalan untuk pelaburan-pelaburan baru pada masa depan," katanya.

Najib turut menyaksikan tiga majlis menandatangani perjanjian antara syarikat-syarikat Malaysia dengan rakan perniagaan mereka dari Vietnam.

Perjanjian antara JAKS Resources Berhad dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Vietnam melibatkan projek pembinaan stesen janakuasa elektrik arang batu di wilayah Hai Duong dengan nilai pelaburan AS$2 bilion (RM6.4 bilion).

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula akhir tahun ini dan akan mula beroperasi dengan unit pertama sebanyak 600 megawat (mW) pada separuh keempat 2014 dan unit kedua sebanyak 600 mW lagi pada separuh kedua 2015.

Perjanjian antara Gamuda Berhad dengan Gamuda Land Vietnam pula adalah bagi membangun dan menyiapkan projek rawatan pembetungan di daerah Hoang Mai serta projek pembangunan perumahan di bandar raya ini.

Kedua-dua projek tersebut bernilai AS$500 juta (RM1.6 bilion).

Memorandum persefahaman (MoU) antara AirAsia Berhad dan VietJet Aviation Joint Stock Company pula melibatkan kerjasama strategik bagi menyediakan perkhidmatan berkaitan penerbangan kepada VietJet Aviation dengan kos AS$3.5 juta (RM11.3 juta).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.