saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/04/2010

K.I.T.A. kisah empat gadis


BARISAN pelakon siri K.I.T.A. Carefree yang bersiaran di Astro Ria pukul 10 malam setiap hari Isnin.


MENGINJAK ke alam dewasa kadangkala membuatkan kita terkenangkan zaman persekolahan yang meninggalkan 1001 nostalgia yang tidak bisa dirungkai dengan kata-kata. Mana tidaknya, sudah pasti keakraban bersama rakan-rakan sekelas di alam persekolahan masih segar di fikiran biarpun kenangan itu telah jauh dipisahkan oleh jarak masa dan kesibukan bekerja.

Siri K.I.T.A Carefree yang bersiaran setiap hari Isnin pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104, Astro) sejak 5 April lalu lakonan empat pelakon jelita Scha Alyahya, Marsha Milan Londoh, Dawn Jeremiah dan Wany Osmar ternyata mampu mengimbau kembali detik-detik berharga di zaman persekolahan.

Rantaian 13 episod yang diarahkan oleh Micheal Ang dan Amo Rizan itu menjadi taruhan terbaru kepada stesen televisyen berbayar itu apabila sekali lagi menampilkan Scha yang cukup sinonim dengan siri Awan Dania yang berakhir pada 29 Mac lalu.

Sejenak mengenai siri tersebut, ia mengisahkan persahabatan empat wanita jelita iaitu Kiera, Ilma, Tania dan Alisa yang terjalin sejak di bangku sekolah lagi.

Ketika berada di tingkatan empat, mereka telah membuat perjanjian dan berikrar akan sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Sehinggalah meniti alam pekerjaan, masing-masing menjalani kehidupan dengan kerjaya masing-masing.

Kiera merupakan seorang yang berperwatakan kasar di zaman remajanya bagaimanapun berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang doktor.

Ilma pula yang dilahirkan dalam keluarga berada seringkali kesunyian, malah kurang mendapat kasih sayang keluarga sedari kecil.

Dia bagaimanapun berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang pelakon terkenal.

Manakala Tania pula merupakan seorang yang berperwatakan lurus namun baik hati, malah bakal melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan, William.

Sementelah Alisa yang membesar dalam keluarga yang berantakan setelah perpisahan kedua ibu dan bapanya berjaya menjawat jawatan pengarang di sebuah majalah fesyen yang terkenal.

Siri tersebut menyusuri imbas kembali tentang pelbagai kisah suka dan duka yang dilalui oleh mereka sejak zaman persekolahan lagi.

Pertemuan mereka di hari perkahwinan Tania membuatkan masing-masing terkenang kembali pelbagai peristiwa dan pengalaman yang mematangkan hidup mereka.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi pada sidang akhbar siri tersebut yang diadakan di Full House, Jalan Yang Kwan Seng baru-baru ini berkata, berdasarkan jalan cerita yang segar dan menghiburkan, pihaknya yakin siri tersebut mampu mengulangi kejayaan drama-drama yang pernah disiarkan di saluran itu.

Antara drama-drama tersebut termasuklah Awan Dania, Kau Dan Aku serta Kamelia Katrina yang berjaya menarik perhatian ramai penonton.

"Sejak kempen Astro Megadrama mula diperkenalkan pada awal Januari 2008, kami amat teliti dan berhati-hati dalam memilih program-program yang ingin ditayangkan.

"Ini adalah bagi memastikan platform kami hanya diisi dengan variasi drama-drama tempatan terbaik yang diwarnai dengan nama-nama yang berbakat besar dalam arena hiburan tanah air selain jalan ceritanya yang padat serta kualiti produksi yang bermutu tinggi.

"Siri terbaru taruhan kami ini dilihat tepat dan berjaya melepasi 'piawaian' yang telah kami tetapkan untuk setiap program yang ditayangkan," katanya.

Scha ketika ditemui pada majlis tersebut pula memberitahu, watak Kiera agak klise dengan watak lakonannya yang kasar sebelum ini.

Dia yang juga duta panty liner, Carefree itu menjalani beberapa transformasi watak Kiera dari zaman remaja sehinggalah berjaya bergelar doktor.

"Watak saya 20 peratus sahaja kasar yang selebihnya lebih feminin.

"Saya sedar watak-watak saya sebelum ini hampir sama sebab itu kalau boleh kali ini saya mahu cuba lari sedikit dan tidak mahu nampak klise seperti dalam Awan Dania," katanya yang bakal menjalani pengambaran filem Awan Dania The Movie Mei ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.