saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/04/2010

Najib jumpa Obama di Sidang Kemuncak Nuklear

09/04/2010 3:36pm

KUALA LUMPUR 9 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja ke Washington DC dan New York, Amerika Syarikat pada 10 hingga 16 April ini.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear yang diadakan pada 12-13 April di ibu negara Amerika atas jemputan Presiden Barack Obama.

Semasa di Washington DC, Najib dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama di luar sidang kemuncak bagi membincangkan isu-isu hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.

"Penyertaan Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear akan memberikan peluang kepada Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan dengan negara-negara lain termasuk Amerika mengenai isu-isu keselamatan serta menjadi satu platform untuk Malaysia mengemukakan pendiriannya mengenai isu nuklear, menurut kenyataan itu.

Najib akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Rastam Mohd Isa. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.