saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 10/04/2010

"Tuan Muda Pahang" palsu perdaya orang kenamaan ditahan

10/04/2010 7:32pm

KUANTAN 10 April - Seorang remaja ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penyamaran sebagai “Tuan Muda Pahang”, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha.

Beliau berkata, remaja berusia 17 tahun itu yang disifatkan polis sebagai

“budak pintar” ditahan semalam setelah polis menerima aduan daripada Istana Pahang.

Katanya, suspek memperdaya seorang exco kerajaan negeri Pahang dan Ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran “Yang Mulia Tuan Muda” dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Sepucuk surat rasmi palsu Tengku Puan Pahang yang direka telah dihantar ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating untuk memaklumkan bahawa suspek akan mengadakan lawatan ke kem berkenaan,” kata Zulkifli kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan surat berkenaan, Ketua pengarah JLKN sendiri datang ke Pahang untuk mengiringi suspek melawat kem itu.

Pada Isnin lepas, suspek telah menunggu ketibaan Ketua Pengarah berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sebelum bergerak ke Kem Cahaya Gemilang di Cherating.

Zulkifli berkata, pada lawatan ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, suspek turut memakai baju PLKN dengan tertera nama “Tuan Muda” dan dia juga menjalankan satu acara pengurniaan pingat kepada peserta-peserta PLKN.

Pada pertengahan bulan lepas, beliau berkata suspek telah melakukan lawatan ke rumah Orang Kelainan Upaya berhampiran Kem PLKN Kampung Hijrah yang turut dihadiri seorang anggota Exco kerajaan negeri Pahang, kata beliau.

Katanya, suspek yang berasal dari Bera itu telah ditahan di rumah saudaranya di Pekan semalam.

Polis menahan reman suspek sehingga Selasa depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.