saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/04/2010

Mohamad sokong objektif Ekspedisi Merdeka 1Malaysia

KUALA LUMPUR 10 April - Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) menerima suntikan semangat apabila objektif penganjurannya mendapat sokongan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sokongan itu dinyatakan Mohamad sewaktu menerima kunjungan Ketua EM1M, Azizi Hashim dan mendengar taklimat ringkas ekspedisi yang bertujuan mengumpul dana bagi menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM).

Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, Mohamad turut berkongsi pengalamannya sewaktu aktif menunggang motosikal berkuasa besar satu ketika dahulu.

"Saya doakan apa yang dirancang oleh peserta ekspedisi untuk kebaikan anak bangsa sentiasa dirahmati Allah," katanya dalam pertemuan yang berlangsung di Wisma Negeri, Seremban baru baru ini.

EM1M disertai empat peserta berbangsa Melayu, Cina, India dan Kadazandusun yang akan melakukan penjelajahan bermotosikal dari Kuala Lumpur ke London, United Kingdom (UK) merentasi 18 buah negara bermula 1 Julai hingga 31 Ogos ini.

Objektif penganjurannya adalah untuk mengumpul dana penubuhan 40 buah perpustakaan di rumah anak yatim dengan kerjasama IRM yang setiap satunya bernilai RM50,000.

EM1M yang mendapat sokongan bantuan diplomatik daripada Pejabat Perdana Menteri merupakan projek yang dinaungi oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi manakala akhbar Utusan Malaysia merupakan rakan media yang melaporkan pergerakan ekspedisi.

Sementara itu, Azizi berkata, beliau amat terharu dengan sokongan moral daripada Mohamad sekali gus membuktikan keprihatinan beliau terhadap budaya ilmu.

Mengenai persiapan EM1M, Azizi berkata, pada masa ini 90 peratus telah diselesaikan termasuklah dari segi kos ekspedisi yang ditanggung oleh para pesertanya.

Beliau berkata, pada masa ini pihaknya memberi tumpuan terhadap usaha untuk membantu IRM mengumpul dana yang mencukupi bagi penubuhan perpustakaan terbabit.

"Penerima sumbangan ialah IRM kerana merekalah yang akan menguruskan penubuhan perpustakaan, kami hanyalah pihak yang melakukan promosi sahaja," tegasnya.

Untuk menyumbang secara online, layari www.irm.org.my manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Farouq Zauji di 03-89486334 atau Rizqi Saladin di 019-3322161 atau layari xpdc1malaysia.blogspot.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.