saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/04/2010

Ku Li anggap isu royalti tidak lagi berbangkit

KOTA BHARU 11 April - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan beliau bukannya menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan di antara kerajaan Pas Kelantan dengan Pusat berhubung tuntutan royalti minyak.

Sebaliknya, beliau hanya bersedia memberikan khidmat untuk memantau penggunaan wang tersebut sekiranya royalti yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri itu disalurkan kelak.

Bagaimanapun katanya, isu tersebut tidak timbul lagi kerana kerajaan Pusat tetap bertegas untuk tidak memberikan royalti minyak dan mula mengagihkan wang ihsan kepada rakyat negeri ini.

"Saya bukan hendak jadi orang tengah, saya tawarkan diri untuk memantau duit royalti yang Petronas bagi kepada kerajaan negeri kalau kerajaan Pusat setuju sebab dia (kerajaan Pusat) fikir duit ini akan disalah guna oleh kerajaan negeri.

"Saya kata sanggup menawarkan diri sebagai pemantau tengok jangan salah guna tetapi kerajaan Pusat tidak mahu bagi royalti, maka tidak timbullah, ini salah faham dari segi tawaran saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid di sini hari ini yang disempurnakan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa'iz Petra.

Sebelum ini, dalam siri ceramahnya mengenai royalti minyak Kelantan di Terengganu, media melaporkan beliau sanggup menawarkan diri sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu tersebut.

Ekoran itu, kerajaan negeri bersetuju untuk melantik bekas Menteri Kewangan itu sebagai perunding mewakili kerajaan negeri dalam isu tuntutan royalti minyak.

Sementara itu, ditanya adakah beliau akan terus menyokong kerajaan negeri untuk membuat tuntutan royalti minyak, Tengku Razaleigh berkata:

"Itu tidak ada kena mengena dengan saya, terpulang kepada rakyat negeri Kelantan.

"Saya tidak menyokong (kerajaan negeri) saya cuma bercakap dan mendengar mengikut undang-undang... kalau ada minyak di luar pantai Kelantan, negeri ini boleh terima lima peratus royalti kerana Kelantan atas dasar kepercayaan telah menyerah hak yang ada kepada Petronas sebagai balasan."

Katanya, Akta Petroleum 1974 yang dirangkanya dahulu tidak pernah dipinda sehingga sekarang dan beliau mengetahui secara mendalam mengenainya.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, sehingga kini tidak menerima sebarang surat tawaran daripada kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai perunding.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.