saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/04/2010

Ryzal kekasih baru Nurul


REAKSI gembira Nurul sambil diperhatikan Ryzal di sebelahnya sewaktu menjawab soalan pihak media.


SELEPAS berdepan dengan episod duka menerusi perkahwinan pertamanya, wanita hitam manis ini sebenarnya agak serik untuk memikirkan soal cinta.

Biarpun didatangi beberapa lelaki yang menagih cintanya, namun ia langsung tidak membuka pintu hatinya kepada mana-mana lelaki pun.

Tetapi baru-baru ini di puncak Genting Highlands, rona bahagia terpancar jelas pada wajahnya.

Liuk lentuk dan bahasa tubuhnya seolah-olah memberi gambaran bahawa dia kini sedang meniti satu fasa baru dalam hidupnya.

Apatah lagi, didampingi seorang jejaka berkulit putih melepak sebagai teman menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009).

Kelibat Nurul bersama pasangannya itu ternyata mengesahkan berita yang disiarkan menerusi ruangan gosip Gitu...lah kelolaan Niezam Abdullah yang tersiar dalam akhbar sisipan Pancaindera keluaran 4 April lalu.

Pada awalnya, pemilik nama penuh Noorul Huda Abdul Wahab ini enggan ditemuramah kerana sudah menjangkakan soalan yang akan diajukan kepadanya.

Namun, selepas pujukan demi pujukan, akhirnya Nurul mengalah dan akhirnya dia mengakui, jejaka bernama Ryzal Marzuki merupakan arjuna yang berjaya memanah tepat pada hatinya.

"Ya, dia lelaki istimewa dalam hidup saya sekarang. Saya tidak menafikan saya bahagia dengan kehidupan saya kini," jelas wanita berusia 32 tahun ini sambil tersipu malu disaksikan Ryzal di sisi.

Bagi Nurul, hubungannya dengan jejaka yang bekerja dalam bidang kewangan itu masih baru dan mereka sedang mengenali hati budi.

Mula berkenalan sejak beberapa bulan lalu, Nurul tidak menafikan dia selesa dengan Ryzal yang tidak melihatnya sebagai seorang selebriti.

"Semasa diperkenalkan oleh rakan-rakan, dia tidak tahu saya seorang artis tetapi ia tidak mengambil masa lama untuknya yang kemudiannya tahu siapakah diri saya sebenar.

"Tetapi, dia lebih selesa untuk mengenali diri saya sebagai Noorul Huda Abdul Wahab dan bukannya Nurul, seorang artis.

"Buat masa ini, kami lebih selesa untuk berkawan sebelum mengambil langkah seterusnya dalam perhubungan ini," kata Nurul penuh berhemah.

Kehadiran Nurul bersama buah hatinya itu merupakan kali pertama dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Sebelum ini, ujar Nurul, tidak ramai yang tahu mereka merupakan pasangan kekasih.

"Memandangkan saya sudah berasa selesa dengannya, jadi saya fikir tidak ada salahnya untuk membawanya.

"Lagipun sebelum ini, saya akan bersama-sama pembantu saya. Apabila saya bertanya kepada Ryzal sama ada mahu menjadi teman saya, dia tidak menolaknya dan menerima pelawaan saya," jelas penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Kerana Terluka dan Cinta Azali ini lagi.

Kemesraan antara Nurul dan Ryzal memang terserlah sewaktu sesi temu ramah berlangsung.

cukup menyakinkan

Gelak tawa manja dan sesekali menepuk lembut bahu Ryzal yang berada di sisi, sudah cukup menyakinkan Nurul berada di alam yang sudah lama tidak dinikmatinya.

Namun, apabila diajukan pertanyaan adakah dia bakal mengakhiri zaman jandanya tahun ini, Nurul terdiam seketika sebelum memberikan jawapannya.

"Susah saya hendak memberikan jawapan itu kerana semuanya masih baru lagi. Hubungan kami pun baru hendak bermula dan biarlah kami betul-betul menyelami serta memahami diri masing-masing terlebih dahulu," kata anak kelahiran Pulau Mutiara ini tenang.

Adakah puteri tunggalnya, Ayu Nazirah tahu ibunya sedang berpacaran, kata Nurul, dia masih belum memberitahu Ayu tentang perihal itu.

"Dia kini lebih teruja untuk dapat adik baru dan sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tengoklah bagaimana nanti," katanya lagi.

Sementara itu, Ryzal yang muda dua tahun daripada Nurul melihat penyanyi itu sebagai seorang yang cukup menyeronokkan.

Baginya, Nurul bijak untuk mengambil hatinya dan kerana itu dia tidak berasa kekok apabila berada di sampingnya.

"Dia suka buat saya ketawa dan saya juga begitu. Kami mempunyai persamaan iaitu sama-sama suka ketawa dan melawak," katanya ringkas.

Biarpun usianya dua tahun lebih muda daripada Nurul, bagi Ryzal itu bukanlah perkara yang serius. Malah, dia juga tidak melihat sejarah silam Nurul sebagai halangan untuk menjalin hubungan.

"Semua orang di dunia ini mempunyai kisah silam dan begitu juga dengan saya dan Nurul. Saya tidak kisah dia pernah berkahwin.

"Pada saya sejarah hidup seseorang merupakan sebahagian daripada proses untuk saya mengenali seseorang.

"Kami menerima diri masing-masing seadanya. Cerita-cerita lama semuanya sudah menjadi sejarah dan tidak perlu diungkit lagi," kata Ryzal lagi.

Tambah Ryzal, sikap saling menghormati juga penting walaupun dia dan Nurul tidak berkongsi hobi sama.

"Saya tidak akan menghalang dia daripada melakukan benda yang tidak disukai. Apa yang tidak disukai akan diselesaikan dengan baik," jelas Ryzal sambil dipersetujui Nurul.

Mengenai rancangan untuk mendirikan rumah tangga pula, seperti mana Nurul, Ryzal juga tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan.

Baginya, jodoh semuanya ditentukan oleh Allah dan mereka juga tidak terkecuali.

"Tapi apa yang penting sekarang adalah mengukuhkan hubungan kami. Proses mengenali diri masing-masing itu mustahak," kata Ryzal yang sudah bersedia untuk berdepan dengan tempias glamor sebaik sahaja mula berpacaran bersama Nurul.- SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.