saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/04/2010

‘Tuan Muda’ pernah mohon menghadap – Tunku Azizah


Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar bersama ahli keluarga dan bayi-bayi TAFF pada Majlis Pengurniaan Watikah Penajaan bayi TAFF dan penyampaian loket kepada bayi-bayi di bawah Yayasan TAFF di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 11 April – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar mendedahkan remaja yang menyamar sebagai ‘Tuan Muda’ pernah menghantar surat memohon perkenan untuk menghadap baginda kira-kira sebulan lalu.

Tunku Azizah bertitah, dalam suratnya remaja yang berasal dari Bera, Pahang itu memaklumkan pernah bertemu dengannya sewaktu melawat kawasan banjir dan mendakwa dititahkan untuk memanggil baginda sebagai Mummy atau Aunty.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana tidak pernah mengenali remaja itu, baginda mengarahkan setiausahanya menyimpan sahaja surat berkenaan di dalam fail tanpa sebarang tindakan lanjut.

Titah baginda, kisah remaja tersebut kembali diperkatakan kelmarin apabila setiausahanya memaklumkan persamaan namanya dengan orang yang menyamar sebagai ‘Tuan Muda’.

“Jadi saya pun ketawalah, saya suruh buat laporan polis dan pesan jangan apa-apakan dia, mungkin dia tak sihat.

“Laporan polis dibuat bagi menjaga imej istana Pahang, kita tidak mahu dia buat perkara bukan-bukan seperti minta duit daripada orang,” titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Surat Penajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) kepada 42 pasangan suami isteri, di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.