saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/04/2010

Exco tidak sangka ikut lawatan kerabat diraja palsu

KUANTAN 11 April - "Saya akui turut serta dalam lawatan itu selepas dijemput oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil untuk melawat remaja golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Sepat di sini."

Itu penjelasan dibuat oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang yang enggan namanya disiarkan mengenai laporan kehadirannya dalam lawatan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke atas remaja OKU itu pada 5 April lalu.

Exco tersebut berkata, pada mulanya, beliau sememangnya tidak tahu langsung mengenai kehadiran remaja berkenaan yang menggunakan gelaran 'Tuan Muda.'

"Saya fikir, budak itu juga dijemput oleh Abdul Hadi untuk melawat kem PLKN. Saya langsung tidak syak apa-apa pada masa itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Exco berkenaan, Abdul Hadi dijemput remaja terbabit di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini pada hari tersebut manakala beliau pula menunggu Abdul Hadi di sebuah restoran di Jalan Gambang-Kuantan.

"Selepas mereka keluar dari lapangan terbang, saya lihat kenderaan polis mengiringi mereka seperti yang diberikan kepada menteri-menteri. Kami kemudian melawat rumah seorang remaja kurang upaya di Kampung Sepat.

"Dalam lawatan itu, Abdul Hadi memperkenalkan budak itu kepada saya sebagai 'Tuan Muda'. Saya langsung tidak syak dan tidak bertanya apa-apa mengenainya kepada Abdul Hadi pada masa itu," katanya.

Tambahnya, Abdul Hadi dan 'Tuan Muda' itu kemudian bertolak ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating di sini namun beliau tidak turut serta sebaliknya pulang ke rumah.

"Selepas budak itu ditahan untuk siasatan polis, baru saya dimaklumkan mengenai identiti remaja lelaki itu. Biar polis buat siasatan," katanya.

Remaja berkenaan yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ditahan polis Jumaat lalu kerana menyamar sebagai 'kerabat raja' Pahang bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini.

Pelajar tersebut menyamar dengan memakai gelaran Tuan Muda.

Bagaimanapun, penyamarannya terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang mengetahui identiti sebenarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.