saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/04/2010

Speaker berhak tegur Ahli Parlimen berkelakuan melampau

13/04/2010 6:11pm

KUALA LUMPUR 13 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Speaker Dewan Rakyat, berhak memberi amaran kepada anggota parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melaksanakan tugasnya tanpa berpihak kepada sesiapa.

"Speaker Parlimen merupakan orang yang menggunakan kuasanya dan jika beliau merasakan seseorang anggota parlimen itu berkelakuan melampau, beliau menjalankan tugasnya dengan betul untuk membuat teguran. Saya fikir apa yang beliau lakukan adalah betul.

"Tidak kira daripada BN (Barisan Nasional) atau luar BN, ada etika tertentu yang kita perlu patuhi. Jika beliau merasakan anggota Parlimen itu berkelakuan melampau, beliau ada kuasa untuk menegurnya dan melakukan apa yang patut, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Nazri mengulas tindakan Pandikar di Dewan Rakyat yang memberikan amaran keras kepada Tajuddin kerana kononnya mengugut anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran daripada DAP di luar Dewan Rakyat pada Khamis lepas. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.