saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/04/2010

289 pelatih di Kem PLKN Titian Bintangor dipindahkan

13/04/2010 6:18pm

SEREMBAN 13 April Seramai 289 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem Titian Bintangor, Rembau telah dipindahkan ke tujuh buah kem PLKN yang lain pada Isnin lepas berikutan bilik-bilik kuliah kem berkenaan didapati tidak selamat untuk digunakan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, keputusan itu dibuat setelah pasukan pemantauan prasarana JLKN mendapati bilik-bilik kuliah di kem tersebut perlu diperbaiki bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pelatih.

"Walaupun bilik-bilik penginapan pelatih di kem itu tidak menghadapi masalah, JLKN memutuskan untuk memindahkan semua pelatih dan jurulatih supaya aktiviti yang telah dimulakan sejak minggu lepas tidak terganggu, katanya dalam satu kenyataan yang difakskan hari ini.

Abdul Hadi berkata, pengusaha kem PLKN Titian Bintangor diberi tempoh tiga bulan untuk membaik pulih bilik-bilik kuliah tersebut.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama terhadap mana-mana kem PLKN yang gagal mematuhi Jadual Pemantuhan yang telah ditetapkan oleh JLKN. Bahkan kita tidak akan teragak-agak untuk menamatkan kontrak mana-mana pengusaha kem seperti yang telah dilakukan sebelum ini, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.