saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 14/04/2010

Kumpul pengalaman daripada pereka terkenal


Dres labuh dengan bersama kain berpotongan duyung antara rekaan kegemaran Wan Ahmad Amirullah.


SETIAP tahun, Jabatan Seni Reka dan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengeluarkan ramai graduan yang berbakat dalam bidang ini. Setelah menamatkan pengajian, mereka menimba pengalaman dengan bekerja di butik-butik yang biasanya dimiliki oleh bekas-bekas pelajar UiTM juga.

Setelah berkeyakinan dan dapat mengumpul modal, ramai di antara mereka yang membuka butik sendiri atau mengambil tempahan di rumah sahaja.

Salah seorang daripadanya ialah Wan Ahmad Amirullah Wan Hasli, 24. Pemegang Diploma Rekaan Seni Reka dan Fesyen dari UiTM ini walaupun masih belum memiliki butik namun terus mengasah bakat dan kemahiran yang dimiliki bagi menghasilkan rekaan sendiri.

Katanya, buat masa ini semua kerja seperti menghasilkan rekaan, memotong kain, menjahit baju dan menjahit manik dilakukan di rumahnya di Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Menamakan koleksi rekaan fesyennya sebagai Amir Mirza Couture, anak sulung daripada tiga beradik ini paling gemar membuat baju pengantin seperti dres labuh atau baju pendek yang dipakai bersama kain berpotongan duyung.

Baju atau dres pengantin yang diperindahkan dengan jahitan manik yang sarat seolah-olah memberikan kepuasan kepada beliau setelah melihat hasilnya yang cantik dan memuaskan hati pelanggan.

Bgaimanapun, menurut Wan Ahmad Amirullah, dia juga menerima tempahan bagi membuat baju untuk majlis anugerah, baju kurung moden, baju kurung pesak, kebaya, kaftan dan baju songket.

Menurutnya, pengalaman yang ditimba dengan bekerja di butik-butik yang dimiliki oleh pereka-pereka terkenal seperti Jovian Mandagie, Sharifah Kirana dan Mior Apparel banyak mengajarnya bagaimana menghasilkan sesuatu rekaan baju.

"Pengalaman bekerja dengan Jovian selama dua tahun lebih, Sharifah Kirana setahun dan Mior dua tahun menyuntik semangat kepada saya untuk menghasilkan rekaan sendiri.

"Sebab itu saya berhenti dan membuat sendiri di rumah kerana kepuasan lebih dirasai dan kita akan bekerja lebih keras jika kita melakukan sendiri,'' katanya yang juga pakar dalam jahitan manik, kristal Swarovski dan perincian pada baju.

Tambahnya, dalam menghasilkan sehelai baju, kita harus mempastikan kain dipotong dengan betul, jahitan mesti kemas, susunan manik cantik dan kemas.

Lebih gemar menggunakan fabrik syifon, bridal satin, sutera satin dan renda Perancis dalam rekaannya, Wan Ahmad Amirullah mengambil masa selama dua minggu bagi menyiapkan tempahan termasuk jahitan manik dan perincian.

Dia turut menghasilkan tudung eksklusif yang dijahit kristal Swarovski dan manik mutiara yang cantik dipakai ke majlis-majlis.

Bercita-cita untuk membuka butik sendiri dengan menghasilkan rekaan Amir Mirza Couture yang eksklusif dan boleh dibanggakan, dia kini mengembangkan bakatnya dengan menjadi perancang perkahwinan dan berkongsi dengan rakan baiknya, Alfhade.

Segala keperluan dalam mengadakan majlis perkahwinan seperti hantaran, bunga telur, cenderahati, pelamin, mekap dan sebagainya kecuali katering boleh ditempah.

Kepada yang ingin membuat tempahan, bolehlah menghubungi Wan Ahmad Amirullah di 017-2254428.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.