saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 14/04/2010

MAASA galak pelajar hargai alam sekitar


SEBAHAGIAN pelajar Unimas menyertai pertandingan reka cipta sempena program MAASA di Unimas, Kota Samarahan, baru-baru ini. UNIMAS


SAMARAHAN 13 April Usaha menjaga alam sekitar pastinya tidak mengira pangkat, status atau kaum. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan di kalangan masyarakat.

Ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia menjadi penentu ke arah amalan gaya hidup mesra alam dan menggalakkan kita mencintai alam sekitar.

Menyedari hakikat itu, Kolej Allamanda, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah menganjurkan Minggu Apresiasi Alam Sekitar Allamanda (MAASA) pada 24 hingga 28 Mac lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unimas, Profesor Madya Mohd. Fadzil Abdul Rahman berkata, program seperti itu dapat dijadikan medium yang sangat berkesan untuk mendedahkan penuntut tentang kepentingan menghargai alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, dengan jalinan idea dari semua peringkat usia, jelas menunjukkan kesungguhan Unimas sendiri dalam melaksana strategi, promosi dan pengurusan alam sekitar yang baik.

Sementara itu, sebagai sokongan terhadap program alam sekitar, Unimas turut bergelap selama satu jam sebagai tanda sokongan kepada Kempen Earth Hour 2010: Unimas Support, bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam pada 27 Mac lalu.

Kempen tersebut merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Unimas sesi 2009/2010 dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Unimas sebagai sokongan kepada kempen anjuran Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Program MAASA merupakan program tahunan Kolej Allamanda sejak dua tahun lalu dan penganjurannya dilihat menjadi titik tolak untuk percambahan minda di kalangan mahasiswa mengenai kesedaran terhadap alam sekitar.

Antara objektif MAASA adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa Unimas mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, menghebahkan keperluan pembangunan dan teknologi hijau di Malaysia.

Menerusi penganjuran MAASA juga, penuntut diberi peluang untuk mengemukakan pandangan masing-masing ketika berpidato dan debat manakala golongan akademik dan profesional berkesempatan untuk menyampaikan idea atau hasil kajian mereka kepada penuntut Unimas.

Aktiviti lain yang diadakan sepanjang MAASA ialah gerai jualan, senamrobik, gotongroyong membersih dan mencantikkan Kolej Allamanda, pertandingan kediaman paling mesra alam, reka cipta bahan kitar semula dan sebagainya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.