saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 15/04/2010

Yunus Alif jurulatih baru Perlis


Shahidan Kassim (tiga dari kanan) bersalaman dengan Yunus Alif pada majlis makan malam di Kangar, kelmarin.


KANGAR - Skuad bola sepak Perlis yang sedang dilanda status menjunam, segera melakukan perubahan drastik apabila melantik Yunus Alif menggantikan Mohd. Nidzam Adzha Yusof mengemudi baki musim ini.

Mohd. Nidzam bukan digugurkan daripada skuad, tetapi diberi tanggungjawab baru sebagai Pengarah Kejurulatihan Perlis yang menjurus kepada pembangunan skuad remaja negeri.

Presiden Perlis FA, Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui pertukaran jurulatih dibuat agar masalah sedia ada yang melibatkan kemerosotan pasukan tidak berterusan.

"Perlis sekarang dalam kedudukan tidak baik (tangga kesembilan Liga Super). Orang akan melihat kehebatan sesebuah pasukan itu jika pasukan berkenaan yang dahulunya di tangga kesembilan, kemudian naik ke tangga kedua.

"Namun begitu, jika suatu masa dahulu berada pada kedudukan No. 2, kemudian jatuh ke No. 9, orang tidak akan memandang lagi (melihat kehebatan) kita," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perlis FA di sini, kelmarin.

Shahidan yakin, jurulatih baru itu mampu mengembalikan kehebatan Perlis sebagaimana ketika skuad itu dibimbing oleh bekas jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim yang kini mengemudi Terengganu.

Yunus pula mengakui tugas berat terpaksa dipikulnya, terutama mengekalkan rekod skuad Singa Utara itu seperti yang ditinggalkan oleh rakannya, Irfan Bakti.

Bekas pemain kebangsaan itu sebelum menjadi Jurulatih Proton FC merupakan jurulatih bagi Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu.

Kata Yunus lagi, beliau memerlukan bantuan semua pihak yang dalam skuad Perlis untuk melonjakkan kegemilangan pasukan sebagaimana rekod terdahulu.

Menyentuh penyusunan pemain bagi memantapkan pasukan pula, jurulatih baru itu menyatakan, beliau akan mengenal pasti terlebih dahulu kelebihan setiap jenteranya.

"Formula untuk menentukan kedudukan pemain yang saya amalkan selama ini cukup mudah. Contohnya, apabila mendapati pemain itu sesuai diletakkan di posisi sayap, saya meletakkannya di posisi berkenaan.

"Namun begitu, jika pemain terlibat menyatakan tidak sesuai sebagai pemain sayap tetapi mahu dikekalkan di barisan tengah, kami akan berbincang untuk mencari penyelesaian.

"Prinsip saya mudah. Jika dia (pemain) mengatakan dirinya lebih sesuai di posisi pilihannya, dia kena buktikan kepada pasukan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.