saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/04/2010

Ahmad Harith, Nor Habibah ikon pelajar Melayu GPMS 2010

KUALA LUMPUR 15 April - Dua pelajar cemerlang Ahmad Harith Zabidi Azahar, 17, dan Nor Habibah Hanan Mohd. Yusuf, 17, yang masing-masing mendapat 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan sebagai ikon pelajar Melayu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2010.

Pengiktirafan itu membolehkan Ahmad Harith dan Nor Habibah dilantik sebagai Duta GPMS bagi berkongsi petua kejayaan mereka dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

Presiden GPMS, Jais Abd. Karim berkata, kedua-dua pelajar cemerlang tersebut merupakan pelajar Sekolah Agama Ma'ahad Muhammadi lelaki dan perempuan di Kota Bharu, Kelantan.

"Mereka akan menjelajah ke seluruh semenanjung bersama GPMS bagi berkongsi petua kejayaan dan berdialog dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

"Program jelajah tersebut akan bermula Mei ini dan kita menjangkakan ia selesai sepenuhnya sebelum peperiksaan SPM bermula," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia GPMS-Score A, di Universiti Malaya di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Sempena pengiktirafan itu, Ahmad Harith dan Nor Habibah menerima trofi dan watikah pelantikan.

Mengulas lanjut, Jais berkata, selain dilantik sebagai duta, pihaknya juga akan membantu kedua-dua pelajar berkenaan dari segi kewangan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.