saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 16/04/2010

TM Asia Life unjur jualan 2010 RM10 juta

KUALA LUMPUR 15 April - Dalam usaha membantu ibu bapa memberikan pendidikan yang terbaik kepada anaknya, TM Asia Life Malaysia Bhd. menawarkan pelan pendidikan baru i-Intellectual.

i-Intellectual merupakan pelan berkaitan pelaburan premium berkala yang komprehensif perlindungannya dan simpanan yang kompetitif untuk pendidikan anak-anak, kata Ketua Pegawai Eksekutif TM Asia Life Malaysia Bhd, Kenneth Wong.

''Dengan pelaburan RM125 sebulan, i-Intellectual mencapai tempoh matang apabila anak mencapai umur 25 tahun. Ia akan menerima manfaat kematangan sekali gus bersamaan jumlah nilai dana pada harga semasa

''Pelan pendidikan ini menawarkan perlindungan terhadap kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh, serta pilihan perlindungan bagi penyakit kritikal dan perubatan,'' kata beliau yang menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta pada tahun ini.

Wong berkata, "Oleh kerana i-Intellectual mencapai tempoh matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun, kami menyediakan satu rider unik yang dipanggil Opsyen Boleh Diinsuranskan Terjamin.

"Ini bermakna perlindungan boleh diteruskan dengan mengambil pelan seumur hidup dengan perlindungan sehingga 150 peratus daripada jumlah asal i-Intellectual yang diinsuranskan apabila matang,'' kata beliau.

"Semua premium pada masa depan akan diketepikan sekiranya pemegang polisi meninggal dunia, mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh atau menghidap penyakit kritikal," kata beliau.

Pelanggan i-Intellectual boleh memilih pelaburan dalam empat dana daripada kategori risiko berlainan, iaitu Dana AsiaPartner Enterprise, Dana AsiaPartner Bond, Dana AsiaPartner Managed dan Dana Asia Orient berdasarkan kemampuan mereka menanggung risiko.

Dana AsiaPartner Enterprise bertujuan memaksimumkan pulangan pelaburan daripada saham-saham berkualiti di Bursa Saham Malaysia dan bursa saham asing manakala Dana AsiaPartner Bond melabur dalam sekuriti pendapatan tetap yang berkualiti.

Dana AsiaPartner Managed pula melabur dalam saham-saham dan sekuriti pendapatan tetap melalui Dana AsiaPartner Enterprise dan Dana AsiaPartner Bond.

Dana Asia Orient akan memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana dan panjang dengan melabur dalam ekuiti dan bon berkait yang berkualiti dalam pasaran ekuiti Asian (tidak termasuk Jepun).

i-Intellectual boleh didapati di 15 cawangan TM Asia Life dan daripada 3000 ejen di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.