saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/04/2010

Saya sangat kecewa - Shahrizat


Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan sebahagian amirah dan naib amirah yang dilantik pada Majlis Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, semalam.


HULU SELANGOR 16 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kecewa dengan sikap lelaki Malaysia yang ghairah mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua.

Beliau bimbang trend itu akan membuka ruang penganiayaan kepada golongan wanita kerana agak sukar bagi lelaki di negara ini untuk berlaku adil dalam soal poligami.

"Saya sangat kecewa dengan senario ini kerana kita tidak tahu sejauh mana mereka yang berkahwin ini mengikut lunas undang-undang sama ada bagi pasangan Islam mahu pun bukan Islam.

"Kita tidak mahu kaum wanita menjadi mangsa kerana selalunya dalam kes sebegini, penganiayaan bukan sahaja membabitkan isteri pertama tetapi juga berlaku kepada isteri muda dan akhirnya institusi kekeluargaan itu runtuh.

"Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran kerana kesannya adalah kepada golongan wanita dan anak-anak," katanya selepas merasmikan penubuhan Majlis Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam di bawah Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada), di Bukit Beruntung, sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa secara purata seorang lelaki Malaysia mengahwini wanita Indonesia pada setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dengan 80 peratus daripadanya memilih wanita Indonesia sebagai isteri kedua.

Dalam laporan kepada Bernama, Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Indonesia, Ismail Ali berkata, sepanjang tempoh itu, purata 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita dari Sumatera setiap bulan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Senada, beliau berkata, seramai 28 amirah (ketua) dan naib amirah (naib ketua) sekretariat itu dari 14 negeri diberi watikah pelantikan bagi menggerakkan pertubuhan tersebut di seluruh negara.

Katanya, mereka yang dilantik itu terdiri daripada individu penting dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pakar-pakar dalam bidang tertentu khususnya dalam bidang akademik.

"Badan ini bertanggungjawab mengumpul dan menganalisis isu-isu yang dihadapi oleh wanita di seluruh negara sebelum isu tersebut diketengahkan kepada kementerian untuk pertimbangan kerajaan.

"Senada juga akan menjadi badan penasihat, perunding dan penyelaras serta sebagai badan advokasi yang bertujuan memperkasakan wanita Islam bagi memastikan mereka tidak didiskriminasi," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, khidmat bantuan guaman turut diberikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.