saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/04/2010

'Ada udang di sebalik batu'

KUALA LUMPUR 16 April - Wanita yang belum berkahwin tidak sepatutnya berasa tergugat dengan trend lelaki tempatan yang suka mengahwini wanita Indonesia, terutama dari Sumatera.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana kebanyakan wanita yang dikahwini itu adalah untuk dijadikan isteri kedua dan perkahwinan tersebut juga disifatkan seperti 'ada udang di sebalik batu.'

"Malah kebanyakan wanita Sumatera juga mempunyai maksud tersendiri.

"Ini termasuk ingin bebas dari kemiskinan atau diterima sebagai penduduk tetap negara ini apabila bersetuju berkahwin dengan lelaki Malaysia,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Puteri UMNO mencadangkan supaya setiap lelaki yang mempunyai isteri kedua warga Sumatera atau mana-mana daerah perlu dipantau rumahtangga mereka serta perkembangan sosial anak- anak.

Sementara itu Presiden Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor (PLC), Siti Hendon Chik mencadangkan supaya kerajaan melakukan pemantauan terhadap trend tersebut demi menjaga keharmonian institusi kekeluargaan di negara ini.

"Kaum wanita sudah pastinya tidak senang dengan fenomena ini kerana bimbang kaum lelaki akan gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil,'' katanya.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Mutiara Kuala Lumpur, Mariam Abdul pula berkata, tidak ada alasan lelaki tempatan mencari lagi isteri di seberang hanya kerana tidak puas hati dengan layanan isteri pertama di dalam negara sendiri.

Katanya, kebanyakan niat mereka lebih kepada untuk berseronok sedangkan dalam perkahwinan itu, ia memerlukan seorang lelaki bertanggungjawab terhadap keluarga.

Beliau mengulas kenyataan Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di Medan, Sumatera, Ismail Ali bahawa purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus menjadikan mereka isteri kedua.

"Jika rumahtangga terabai dan keperluan anak-anak tidak dipenuhi, maka tindakan menjalani kerja-kerja sosial mesti dikenakan ke atas mereka,'' katanya.

Rosnah berkata, dengan cara itu mereka akan lebih berhati-hati dan menjadi lebih bertanggungjawab di dalam institusi kekeluargaan.

habis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.