saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/04/2010

Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula

17/04/2010 9:47am

HULU SELANGOR 17 April Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula pukul 9 pagi di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Proses selama sejam sehingga pukul 10 pagi itu berlangsung di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Ia kemudiannya diikuti dengan tempoh bantahan selama satu jam lagi sebelum Pegawai Pengurus Pilihan raya kecil itu, Nor Hisham Ahmad Dahalan membuat pengumuman muktamad mengenai calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil yang dijadualkan pada 25 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan calon Barisan Nasional (BN) dari Pejabat UMNO Hulu Selangor, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Perhentian Bas KKB.

BN telah menamakan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan, 44, sebagai calon tempatannya bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor yang ia tewas kepada PKR pada pilihan raya umum 2008.

PKR pula menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, 59, anak kelahiran Kelantan sebagai calonnya.

Selain BN dan PKR, dua orang calon Bebas sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, iaitu bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V.S. Chandran, 56, dan ahli perniagaan, Johan Mohd. Diah, 31.

Cuaca di tempat penamaan calon cerah dengan penyokong-penyokong calon mula berkumpul seawal 6.30 pagi dengan polis mengawal lalu lintas dan keadaan di sekitar pusat penamaan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Kawasan pilihan raya kecil Parlimen ini mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Parlimen Hulu Selangor terbahagi kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N05 Hulu Bernam, N06 Kuala Kubu Baru dan N07 Batang Kali. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.