saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 18/04/2010

Telefon kaki facebook


KIN ONE (kanan) membolehkan anda menaip teks dengan satu tangan, manakala KIN TWO memerlukan dua tangan untuk menaip.


SEBUT sahaja facebook, hampir semua pengguna Internet tahu mengenainya dan jika ada pihak menghalang penggunaannya, tentu akan berlaku 'pertumpahan darah.'

Popularitinya sememangnya sangat hebat sehinggakan ramai penggunanya akan menjadi 'histeria' dan mula 'meracau-racau' menyalahkan syarikat jika dihalang mengakses laman sosial itu.

Begitulah hebatnya pengaruh facebook kepada pengguna Internet terutamanya di negara ini.

Sememangnya tidak dinafikan laman itu juga mempunyai kebaikan seperti mampu menghubungkan rakan yang telah lama terputus hubungan atau platform menghubungkan pemimpin dengan rakyat.

Selain mengakses di komputer, anda juga sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk mengakses facebook menggunakan iPhone, Blackberry atau telefon pintar daripada pelbagai pengeluar telefon bimbit.

Peserta terbaru dalam arena itu adalah Microsoft, satu nama yang dikenali oleh semua pengguna komputer di seluruh dunia.

Selepas menguasai hampir 100 peratus meja-meja komputer di seluruh dunia, Microsoft kini mengorak langkah untuk memasuki era telekomunikasi bergerak dengan memperkenalkan telefon bimbit terbaru.

Syarikat perisian komputer terbesar dunia tersebut menyasarkan telefon yang dikenali sebagai KIN itu untuk pengguna yang aktif menggunakan laman sosial di Internet.

Microsoft telah mengadakan kerjasama dengan Verizon Wireless, Vodafone dan Sharp untuk memperkenalkan produk itu.

Di pasaran Amerika Syarikat, Microsoft berkerjasama dengan Verizon Wireless dan bagi pasaran Jerman, Itali, Sepanyol dan United Kingdom, rakan kerjasamanya adalah Vodafone.

KIN menggabungkan kemudahan telefon bimbit, perkhidmatan dalam talian dan komputer peribadi dalam satu produk.

Telefon ini mempunyai dua model iaitu KIN ONE dan KIN TWO. Kedua-duanya mempunyai skrin sesentuh dan fungsi mengelungsur untuk membuka papan kekuncinya.

KIN ONE adalah lebih kecil dan direka untuk diguna menggunakan satu tangan sahaja dan KIN TWO mempunyai skrin lebih besar dan mempunyai papan kekunci Qwerty menggunakan dua tangan.

ONE mempunyai kamera 5 megapiksel (MP), sementara TWO mempunyai kamera 8 megapiksel yang boleh merakam video berdefinasi tinggi.

Kedua-dua model mempunyai flash LumiLEAD terang untuk merakam imej dalam cahaya rendah dan teknologi penstabilan imej.

"Kami menghasilkan KIN untuk mereka yang hidup sentiasa perlu dihubungkan, suka berkongsi, melahirkan ekspresi dan melakukan apa sahaja berkaitan dengan rakan dan keluarga," kata Presiden Bahagian Peranti dan Hiburan Microsoft, Robbie Bach.

Microsoft menyatakan KIN mempunyai ciri-ciri rangkaian sosial yang dibina dengan jalinan erat di dalam telefon dengan menu dan ikon pada paparan antaramuka yang mudah dicapai.

Bagi memudahkan pengguna, telefon tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

KIN Loop

Skrin utama dinamakan Loop yang sentiasa berada dalam keadaan terkini dan sentiasa disambungkan ke Internet. Apabila dihidupkan, KIN akan secara automatik membawakan perkhidmatan seperti facebook, MySpace dan Twitter ke dalam satu tempat.

KIN Spot

KIN Spot membenarkan pengguna berkongsi video, foto, pesanan teks, muka laman web, lokasi dan status terkini yang kesemuanya boleh diletakkan di satu tempat dikenali sebagai Spot. Semua rakan dan maklumat boleh dikumpulkan di situ dan terpulang kepada pengguna bagaimana untuk berkongsi maklumat itu dan menyiarkannya.

KIN Studio

KIN Studio pula merupakan akses di Internet melalui telefon anda yang membantu anda berkongsi maklumat. KIN Studio misalnya secara automatik menyimpan segala teks, sejarah panggilan, foto, video dan nombor rakan di laman web khas.

Bagi penggemar muzik pula, KIN menjadi telefon Windows pertama menggunakan Zune yang merupakan pemain muzik, video, radio FM dan podcast.

KIN juga membenarkan pengguna menggunakan Bing untuk mencari maklumat di Internet dan mempunyai pembaca RSS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.