saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 18/04/2010

United terus hambat Chelsea


PEMAIN Manchester United, Paul Scholes (tengah) menanduk bola pada masa kecederaan untuk membawa kepada kemenangan 1-0 United ke atas Manchester City di Stadium Manchester, malam tadi. - REUTERS


MANCHESTER - Jaringan Paul Scholes pada minit ke-93 masa kecederaan menghidupkan peluang Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England selepas menundukkan Manchester City 1-0, semalam.

Pemain veteran itu menyelamatkan United menerusi tandukan cantik dari jarak 12 meter selepas menerima umpanan Patrice Evra dari sebelah kiri ketika permainan hanya tinggal 18 saat untuk ditamatkan.

Jika kemenangan membantu United untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea, kekalahan City pula memberi masalah buat pasukan itu dalam usaha mencari tiket ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Pertemuan dua jiran itu antara perlawanan paling penting dalam jadual Liga Perdana semalam kerana sebarang kekalahan yang dicatatkan salah satu pasukan akan menjejaskan matlamat mereka pada persaingan liga musim ini.

City, yang banyak bertahan di kawasan sendiri pada separuh masa pertama berjaya menafikan serangan United sepanjang 90 minit perlawanan.

Bagaimanapun anak-anak buah Alex Ferguson yang tidak berputus asa dalam mengatur asakan dan beroleh beberapa peluang terbaik pada lima minit terakhir permainan.

Peluang terbaik hadir menerusi tandukan cantik Antonio Valencia yang memerangkap pertahanan City sebelum menemui Wayne Rooney, yang merembat bola dari jarak 15 meter namun percubaannya tersasar melewati palang gol.

Pada babak pertama, Valencia turut memperoleh peluang terbaik selepas memperdaya pertahanan lawan, Wayne Bridge dan melakukan hantaran rendah, namun Ryan Giggs merembat lemah dan bola berjaya ditepis keluar penjaga gol City, Shay Given.

Edwin van Der Sar menyelamatkan percubaan terbaik City melalui sepakan percuma Carlos Tevez pada minit ke-12 selepas pemain Argentina itu dijatuhkan Darren Gibson, 25 meter dari gawang United.

Pemain lincah City, Craig Bellamy mensia-siakan peluang terbaik untuk membuka jaringan selepas menerima umpanan Tevez pada babak kedua apabila percubaannya sekadar menerjah tepi jaring United. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.