saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 18/04/2010

Setiausaha lebih ceria, menarik


MANIS bergaya ke pejabat dengan tudung litup.


FESYEN dan kecantikan sudah tentu tidak boleh dipisahkan dengan setiausaha. Dalam sibuk mengejar cita-cita, penampilan tidak boleh terabai.

Sopan, ceria, aktif dan elegan. Itulah imej setiausaha yang perlu ada. Justeru itu, seorang setiausaha perlu bijak memilih pakaian yang bersesuaian dengan tempat yang dihadiri. Mereka harus tahu memilih pakaian untuk memastikan diri sentiasa tampak menawan dan matang. Malah, itu jugalah impian setiap wanita tetapi masih ramai yang tidak tahu bergaya hebat kerana kurangnya pendedahan mengenai cara berpakaian yang sesuai.

Jika ke pejabat, pakaian yang dikenakan biarlah nama kemas dan sedap mata memandang. Jika ada temu janji di luar, pakaian yang dipakai perlu lebih selesa dan tidak menyukarkan pergerakan. Sebaliknya, jika menghadiri majlis, seorang setiausaha juga perlu kelihatan anggun dan menawan. Pada majlis Minggu Setiausaha anjuran majalah WANITA terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd, kita dapat menyaksikan peragaan fesyen Jarumas.

Berani menggunakan warna yang ceria, koleksi rekaan Jarumas ternyata menyuntik suasana ceria dan lebih bertenaga.

Kebiasaannya, kita melihat setiausaha gemar memakai baju kurung atau kot hitam, kali ini Jarumas memberi idea yang berlainan. Lari daripada kebiasaan, ia tetap tampil elegan dan berani.

Penggunaan fabrik dan corak yang ringkas, kebanyakan rekaan sesuai digaya ke majlis makan malam. Tidak perlu sarat dengan manik, kepelbagaian bentuk gaun, lengan dan blaus sudah cukup menonjolkan personaliti setiausaha yang berkeyakinan.

Mungkin mereka yang baru mencuba gaya bertudung, boleh memilih lilitan kontemporari. Bagi mereka yang sudah selesa bertudung litup, tidak salah mencuba potongan busana moden tetapi masih sopan.

Dengan tagline Menjana Kerjaya Berhemah, Berjiwa Cemerlang, minggu setiausaha kali ini memberi pendekatan baru kepada setiausaha wanita untuk bergaya.

Di samping busana yang menawan, solekan atau tata rias perlu dititik beratkan.

Semua sedia maklum, setiausaha perlu berinteraksi dengan orang lain termasuk majikan. Jika wajah kusam, keyakinan diri turut hilang. Menerusi demonstrasi solekan serta dandanan oleh pakar kosmetik jenama terkenal, Nouvelles Visages Ahad lalu, para peserta WANITA bersama Setiausaha mendapat pendedahan pentingnya menjaga kecantikan diri. Dengan solekan ringkas lima minit, rupa seseorang nampak lebih ceria dan segar.

kecantikan

Sementara itu, majlis tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, datuk Rothiah Omar.

Selain pertunjukan fesyen dan demonstrasi kecantikan, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Paduka Toh Puan Seri Diraja Noor Aini, Datuk Dr. Norashikin Mokhtar dan Datuk Dr. Fadzilah Mohd Ali turut memberi pelbagai input dengan topik menarik.

Para peserta juga berpeluang mempelajari ilmu mempertahankan diri dan keselamatan di tempat kerja melalui demonstrasi oleh Pengarah Program Keganasan Terhadap Wanita dari BG Capital Holdings, Sharifah Raudhah Al-Qudsy. Sementara Pakar Nutrisi, Unit Perhubungan Korporat dan Kesihatan, Kumpulan Produk Nestle Sdn Bhd, Nurul Ilani Ahmad memberi tip gaya hidup sihat.

Majlis tahun ini meriah dengan tajaan utama Nouvelles Visages serta sokongan rakan strategik Alfio Raldo, Nestle Nesvita dan Berani Guard Sdn Bhd.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.