saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/04/2010

Pesawat bawa anggota Bakti dijadual semula

NEW YORK 18 April - Pesawat yang membawa pulang Anggota Badan Amal Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) melalui Eropah, terpaksa dijadual semula ekoran ruang udara di kebanyakan lapangan terbang negara-negara itu ditutup akibat debu gunung berapi di Iceland yang boleh membahayakan penerbangan.

Para anggota Bakti itu yang berada di Washington minggu lepas untuk melawat pusat kanak-kanak cacat dan pusat belia berisiko tinggi dan tiba di New York pada Khamis lepas, tersenyum apabila penerbangan mereka dijadual semula.

Mereka yang sepatutnya berlepas pulang dengan Malaysia Airlines (MAS) melalui Eropah pada malam Sabtu akhirnya akan menaiki Emirates Airlines melalui Dubai pada petang Ahad.

Antara mereka yang terjejas ialah isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datin Seri Shuryani Shuaib, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Prof Datin Seri Aishah Salleh dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.

Pada Jumaat, anggota Bakti itu berada di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berucap pada Forum Wanita Antarabangsa "First Ladies Speak."

Mereka juga menghadiri penganugerahan Anugerah Keamanan Antarabangsa dan Harmoni kepada Rosmah daripada Majlis Perniagaan untuk Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat di St Regis Hotel pada malam Jumaat.

Selain anggota Bakti, penerbangan yang membawa para pegawai kerajaan dan anggota media yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat selama seminggu juga terjejas.

Ramai yang pulang melalui Eropah kini cuba menjadual semula penerbangan mereka melalui kawasan yang tidak terjejas dengan debu gunung berapi itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.