saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/04/2010

Najib tiba di Jepun


Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, malam tadi dalam rangka lawatan empat hari ke Jepun. - BERNAMA


TOKYO 18 April - Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini dalam rangka lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke Jepun.

Pesawat khas yang membawa Najib serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari Honolulu, Amerika Syarikat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan.

Mereka disambut oleh Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som serta para pegawai kanan kerajaan.

Najib dan Rosmah kemudian dibawa ke tempat penginapan mereka di Istana Akasaka yang menjadi rumah tetamu Kerajaan Jepun.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang juga Pemangku Menteri Luar bertindak selaku menteri pengiring.

Esok, Najib akan diberi sambutan rasmi di pejabat Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama sebelum mengadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Istana Imperial.

Najib juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Hatoyama, melawat pusat kitar semula di Kawasaki, bertemu dengan tokoh-tokoh penting industri serta berkunjung ke Universiti Meiji bagi menerima ijazah Doktor Kehormat.

Pada malam terakhir beliau di sini lusa, Najib akan menghadiri jamuan dengan rakyat Malaysia termasuk para pelajar negara sebelum berlepas pulang pada pagi Rabu ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.