saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/04/2010

Jangan ungkit lagi kisah 'Tuan Muda'

KUALA LUMPUR 18 April - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar hari ini meminta orang ramai untuk tidak lagi mengungkit kisah remaja berusia 18 tahun yang menyamar sebagai 'Tuan Muda'.

Titah baginda, kes itu telah selesai dan kerana itu pihak istana tidak mahu lagi ia dipanjangkan demi masa depan pelajar berkenaan.

"Cukuplah, usah lagi dipanjang-panjangkan kisah tersebut,'' titah Tunku Azizah ketika diminta mengulas mengenai remaja yang menyamar sebagai kerabat diraja Pahang dengan gelaran Tuan Muda.

Pelajar berkenaan telah menghantar surat memohon pengampunan pihak istana, kelmarin.

"Ketika saya menghadiri Perkhemahan Pandu Putri di Jerantut baru-baru ini, secara kebetulan saya bertemu dengan guru yang mengajar remaja tersebut,'' titah baginda.

Tunku Azizah bertitah, guru itu menjelaskan bahawa remaja itu sebenarnya seorang yang bercita-cita besar termasuk ingin menjadi Perdana Menteri.

Malah, remaja berkenaan bukan sahaja bijak dalam akademik malah mempunyai kebolehan berpidato.

"Guru berkenaan juga mendakwa remaja berkenaan sebenarnya begitu kecewa kerana hanya mendapat 9A 1B pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

"Dia bercita-cita memperoleh 10A agar mendapat biasiswa melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Ireland tetapi gagal,'' titah baginda.

Ketika ditanya mengenai cadangan agar remaja itu diambil sebagai anak angkat oleh baginda, Tunku Azizah bertitah, baginda tidak akan berbuat demikian.

"Saya tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa serta tidak ingat langsung pernah bertemu dengan remaja ini,'' titahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.